Bahan2 dah beli kat Giant sebab terliurkan blogger CMG yang postkan resepi ni.
Guna pastri jenama Kawan jer. Senang dan ringkas hehe..
Bahan2
5 biji epal saiz kecil
2 sudu besar mentega
3 sudu besar gula pasir (lebih elok kalau gula perang)
1/2 sudu kecik serbuk kayu manis
1/2 sudu besar tepung jagung*
2 sudu besar air* (campurkan dan kacau)
garam secubit
Cara2
1. Kupas kulit epal, potong dadu, rendam dengan air + garam sket, kemudian toskan.
2. Panaskan mentega dan goreng epal hingga layu
3. Masukkan gula, serbuk kayu manis, garam dan kismis jika ada, kacau dan masak hingga lembut
4. Masukkan bancuhan tepung gandum dann kacau hingga pekat, tutup api dan biar sejuk.
5. Gulunglah dalam pastri Kawan atau adun sendiri.
6. Masukkan dalam oven 170c selama 20 minit (ikut oven ibu), bila sudah peang angkat letak atas jaringan dan sejukkan sket.
Wahhh.... sedap dimakan suam2 sambil menikmati drama korea di malam hari... ehhhh... korea lagi!
No comments:
Post a Comment