Pages

Friday, April 12, 2013

Bila mereka membuat perbandingan

Bila ibu masak makanan dan hidang untuk keluarga, ada juga terselit dialog2 begini.

Dialog 1
Kawi : Ibu rasa sapa masak lagi sedap (nama makanan) ni? Ibu ke nenek?

Dialog 2
Bami : Imi lagi suka yang macam nenek masak.

Dialog 3
Bami : Ibu cuba lah masak yang macam mak tok masak tu.

Dialog 4
Kawi : Adik rasa kan... yang cik nora masak lagi ada rasa.

Apa yang ibu rasa?

Berkecil hati?
Tidak sama sekali malah ibu bersyukur yang anak2 ibu masih menghargai masakan keluarga lain. Malahan anak2 ibu juga bebas makan di rumah atuk mereka bila2 masa sahaja. Malahan atuk dan nenek gembira sangat bila tengok cucu nya yang sangat berselera bila makan kat sana.

Kalau cucu2 taknak makan, maknanya dah kenyang dari rumah lah tu. Tiap kali cucu2 di rumah nenek atau maktok, pelawaan untuk makan tak penah dilupakan hehehe... maklumlah cucu2 yang sedang membesar sebagai juara!

Ibu plak, dari semasa ke semasa masih memperbaiki diri untuk menyediakan juadah buat anak2.

Sangat seronok bila ada dialog begini.

Bami : Perghhhh..... (nama makanan) ni lah yang paling sedap Imi penah makan.

Bami : Memang terbaikkkkk lah bu.

atau

Kawi : Haaaa... macam ni lah yang adik suka.

juga

Wafi : Nak lagi..... nak lagi!

No comments:

Post a Comment