Pages

Wednesday, April 24, 2013

Teddy Bear punya hal.

Semalam waktu ibu jemput Wafi, masuk dalam kereta jer terus bersuara.

Wafi : Tadikan kawan ada bear besarrr.... (sambil tangan buat bentuk bulatan besar)
Ibu : Sapa nama kawan Wafi?
Wafi : Idham
Ibu : Bear dia warna apa?
Wafi : Hitam
Ibu : Wafi pun nak ker?
Wafi : Nak
Ibu : Kat rumah kan kita ada gajah.. boleh tak?
Wafi : Tak boleh
Ibu : Haaa.... Wafi bawak buaya, kawan2 mesti takde buaya
Wafi : (menggeleng.. taknak lah tu. Muka tak puas hati)
Ibu : okeh... nanti cuti kita suruh ayah beli, boleh?
Wafi : Boleh.

Terus ibu telefon cik fatin kot2 kat rumah nenek ada teddy bear.. sebab kat rumah atuk ni bermacam2 jenis patung ada. Ramai pengumpul.

Menghala ke rumah atuk kejap. Pegi bilik anak dara. Okeh ada 5 teddy bear kalau tak silap. Mula2 tunjuk yang paling kecik. Wafi geleng. Seterusnya dok menggeleng jer bila ibu tunjuk teddy bear yang berbilang saiz. Last sekali teddy bear cik wada yang lembut gebus nak sama besar dengan wafi. ehhhh... baru senyum. Boleh katanya..

Ibu tanya.. sapa punya paling besar?
SAYA!!!! sambil angkat tangan dengan senyuman melebar.


 Malam tadi dok peluk jer teddy tu. Katanya nak bawak ke school tunjuk kat kawan2.
Pagi tadi ibu tak kejutkan Wafi, angkat jer tetiba dia bersuara 'bear'.
Hamboiiii... dah set kat kepala. Terus dipeluknya.

Sesampai kat school, senyum2 jer turun kereta. Ummi pun dok bercerita semalam Idham main teddy tu yang budak2 lain teringin. Huhhhh... nasib baiklah Wafi tak mintak ulat yang macam Qaseh main. Kalau tak haru plak nak mencari.

Kalau tak silap, principal tak benarkan bawak toys ke school. Tak taulah segala jenis pepatung ni bukan kategori alat permainan. Hari tu pun ummi ada sebut, Wafi sedih sebab kawan2 lain bawak bantal sendiri. Aduhhh... macam2 lah Wafi ni. Okeh jer dari baby guna bantal school. Tak fancy kot!

Dah besar sket ni macam2 kemahuan kanak2 ni. Kawan lain ada Wafi pun nak ada.
Hari tu kat kedai Wafi nak keropok pedas bila nampak ada sorang budak ambik coklat yang macam M&M pun dia boleh nak yang macam tu gak. Hurmmm...

2 comments:

  1. Replies
    1. tu haaa dalam gambar, baru upload hehe.. yang paling gebusss

      Delete