Pages

Sunday, March 1, 2015

CAPD : Persediaan bilik rawatan di rumah

Seperti yang disarankan oleh doktor, bilik rawatan di rumah perlu disediakan awal sebelum atuk balik.
Jadi kami bergotong royong membersihkan bilik tengah di rumah atuk.
Sapu, buang sawang, vakum tukar langsir, mop dll.

Untuk beberapa kali atuk di rumah, atuk kepanasan sebab tidak boleh on kan kipas.
Sian atuk.. menggelupur kepanasan.
Dah lah beberapa minggu lepas cuaca sangatlah panas.
Tu yang ada rawatan tengahari sekejap je.

Masa atuk berada di wad tu, barulah kami beli aircond dan kontraktor tu engage by kedai elektrik.
Itupun lama menunggu sebab kontraktor bercuti CNY.
Kita mintak kontraktor melayu, tapi seminggu dua dok busy.. grrr..grrr...

Nasib baik ibu order hari jumaat, sabtu esoknya ada kontraktor boleh pasangkan.

Bukan main menyedap Cik Ami rasmikan dulu malam tu.

Oh ya... kami ambik penghawa dingin Mitsubishi Electric.
Harap2 ok lah sebab seperti yang diberitahu oleh sales assistance tu, brand ni cepat sejuk, senyap, ada air purifying, ada pembunuh kuman bla..bla.. bla..
Ibu ada baca review yang bagus tentang brand ni juga.
Ambil 1 HP je pun sebab atuk akan pakai dalam sejam lebih untuk rawatan.
Jadi takde lah ambik yang inverter.
Harga RM1,499.00 dan installantion fee RM140.00

No comments:

Post a Comment