Pages

Monday, March 23, 2015

CAPD : Sokongan kepada pesakit dan pembantu

Atuk semasa di Wad GE, khas untuk pesakit buah pinggang yang menggunakan rawatan CAPD.
Wad ni hanya untuk yang ada kes2 kecemasan seperti jangkitan kuman, menjalani rawatan sementara sebelum rawatan penuh di rumah dsb.

Ada pesakit yang melakukan sendiri rawatan CAPD ni.
Ada juga yang memerlukan pembantu atas faktor kesihatan seperti uzur, tangan/mata bermasalah, tidak memahami proses rawatan dsb.

Bagi atuk rawiwa, nenek perlu membantu atuk untuk lakukan rawatan since atuk mengalami patah lengan kiri.
Jadi, ketika atuk mengalami jangkitan kuman (warna cecair yang keluar tidak jernih) maka nenek juga perlu tinggal di Wad sepanjang rawatan atuk.

Sampai demam dan batuk di sana.. Ye lah... hospital memang untuk orang sakit.. yang sihat pun boleh jadi sakit.
Tidur yang tidak menentu dan tidak selesa.
Jika di rumah, banyak kerja yang nenek boleh buat seperti memasak, membasuh, membelai pokok2 bunga, bersosial dengan rakan2.. tapi di hospital tak dapat buat semua tu.
Makan, mandi, tidur dalam keadaan yang kurang selesa. Tambahan nenek pun ada masalah kencing manis.

Waktu yang terluang, adik beradik ibu bawak nenek ke kenduri saudara mara yang berdekatan. Tak de lah terperuk dalam wad. Asalkan boleh balik ke wad untuk membantu merawat atuk pada masa yang ditetapkan.

Anak2 nenek pun sentiasa ada melawat mereka di hospital. Jelas terpancar kegembiraan ketika anak2 mengunjungi mereka.

Adik beradik atuk pun rajin melawat, mendoakan kesejahteraan atuk dan nenek.
Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment