Pages

Saturday, March 28, 2015

Makaroni Bakar (Baked macaroni)

Makaroni yang belum dibakar.. sebab oven rosak.. huhu..
Takpe kita bakar di rumah nenek.
Memang nyummssss.

Mac & Cheese

Bahan2
1. 1 bungkus makaroni
2. 2 biji bawang besar dipotong dadu
3. 4 ulas bawang putih dicincang halus
4. 1 botol kecil/tin sos pasta/spageti
5. 2 sudu mentega
6. 1 bungkus daging cincang (Ramly)
7. 1 tin cendawan butang (hiris)
8. garam, gula dan serbuk secukup rasa @ kiub ayam secukupnya
9. 2 SB lada hitam

Cara2
1. Didihkan air dan masukkan garam 1 sudu kecil. Rebus makaroni sehingga lembut. Angkat, tos dan lalukan air.
2. Panaskan mentega. Saute bawang besar dan putih hingga naik bau.Tambah lada hitam.
3. Masukkan daging cincang dan masak hingga air kering.
4. Masukkan sos pasta, kacau dan masukkan cendawan butang. Kacau rata.
5. Masukkan makaroni dan kacau rata.
6. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk secukup rasa .

Sos Putih

Bahan2
1. 6 cawan susu segar @ susu cair
2. 3 SB mentega
3. 3 keping cheesedale
4. 6 SB tepung gandum dibancuh dengan sedikit air
5. 1-2 SK serbuk lada putih
6.  Garam secukupnya
7. Parutan keju
8. Serbuk oregano

Cara2
1. Masukkan bahan 1-3 ke dalam periuk dan didihkan. Sentiasa kacau (guna whisk)
2. Masukkan serbuk lada putih dan garam. Kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum dan kacau sehingga pekat. Tutup api.

Cara membakar
1. Panaskan oven 180-200C @ ikut oven masing2
2.. Sediakan loyang atau casserole tahan panas. Sapukan mentega
3. Masukkan makaroni dan ratakan.
4. Tuang sos putih atas makaroni.
5. Taburkan parutan cheese @ kalau tiada, taburkan cheesedale yang dipotong kecil memenuhi permukaan sos putih.
6. Taburkan serbuk oregano.
7. Bakar selama 20 minit atau sehingga taburan cheese cair @ keperangan.

Bila dah masak.. tunggu sekejap dan boleh disendukkan dalam pinggan.
Makan panas2.. syedappppp....

1 comment:

  1. memang nyamsss...belanja besday jumaat ek...hahahahaha

    ReplyDelete