Pages

Sunday, January 24, 2021

Roti Popcorn

Semalam Sabtu pagi selepas solat subuh Wafi ada tanya bahan-bahan nak buat roti popcorn. Ibu manalah pernah dengar resepi ni. Katanya dari insta. Since memang nak keluar beli barang dapur carilah bahan yang tiada di rumah. Madu dah expire... rasa beli puasa tahun lepas sebab buat cornflakes madu.

Wafi insist nak buat sendiri. Buatlah nakkk.... dulu ibu darjah 2 rasanya dah masak sendiri.

Roti Popcorn

Bahan-bahan

1. 3 keping Roti putih potong dadu

2. 2 SB Margerin/mentega

3. 1/2 cawan Susu full cream

4. 2 SB Madu


Cara-cara

1. Panaskan kuali

2. Masukkan roti dan kacau bagi agak garing.

3. Masukkan mentega kacau-kacau dan masukkan susu.

4. Tambahkan madu dan kacau hingga rata dan agak garing.

5. Since kegaringan tak seperti diharapkan, maka ibu minta Wafi masukkan dalam.air fryer 180, 5 minit.

Ini spesis yang tak garing sebelum masuk AF.

Ibu lagi suka camni...ala2 roti bakar je.

Since tak pernah makan roti popcorn macamana, bila dah masuk AF dah jadi macam biskut pula. 

Masa Wafi masak kali kedua, mungkin kurang madu jadi hasilnya kurang manis. Lepas keluarkan dari AF dan suam sikit, tabur pula gula ising. Rasa dah sedap.

Wafi bawa ke rumah nenek nak jamu the cousins. Katanya mula2 diorang macam buat-buat tak tahu tapi bila Angah kata sedap barulah yang lain makan. Ada rasa gembira di hatinya. 
 

No comments:

Post a Comment