Pages

Wednesday, January 20, 2021

Sesi Persekolahan 2021

Hari ni pelajar-pelajar selain Tingkatan 5 dan 6 memulakan sesi persekolahan dengan norma baru. Disebabkan covid19 pelajar tidak dapat hadir ke sekolah secara fizikal. Belajar secara online. Tahun 2020 hanya beberapa bulan je masuk sekolah.

Ada kelas yang dijalankan secara google meet dan ada juga secara offline. Jika secara offline pelajar diminta merujuk pada video yang disediakan kemudian salin nota atau jawab soalan yang disediakan. 

Mujur ayah WFH dapatlah tengok-tengok Wafi.

1st class tahun ni, PJ.
Cikgu gabung beberapa kelas.

Tahun ni lagi tersusun sebab ustazah sekolah agama ikut masa sebelah petang. Pagi untuk SK sahaja. Jadi takdelah serabut sangat ibu bapa nak pantau anak-anak.

Malam sambung kerja yang belum selesai.
Hurm.... ingat ibu nak lepak2... luruskan kaki awal. Kena tunggu.

Pagi tadi cousins Wafi pun ada kelas juga. Mana yang share di whatsapp grouo ibu share di sini pula.

Adnin Tahun 6.

Arissa Tahun 2.

Alma Tahun 6.

Ali 3 tahun.

Adam Tahun 4.

Alya Tahun 2.

Ada plak budak undut-undut.

Nana Tahun 4.

Firas semangat Tahun 1.

Semoga Covid berakhir dengan segera.
Anak-anak dah tak sabar masuk sekolah.


No comments:

Post a Comment