Pages

Saturday, August 6, 2022

Bawa Nenek Shopping

Malam tadi nenek beritahu kasut sarung belum ada lagi untuk dipakai masa umrah. Nenek cakap kat Cik Fatin lepastu Cik Fatin kata belilah kat Shoppee.. nenek kata kalau nenek pandai guna apps Shoppee tu dah lama nenek beli๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Cik Fatin biasalah... minah Shoppee.. semua dia beli online.

Mujurlah ibu belum teringin nak buka akaun shoppee... karang tak keluar rumah dok shopping dihujung jari.
Kita kan nak menjana pendapatan ekonomi negara jadi kenalah keluarkan duit bayar petrol dan parking hahhahahah

Janji dengan nenek nak keluar jam 11 am.
Pagi sempat lah ibu jogging dulu keluarkan peluh.

Pergi Setia City Mall je sebab ada money changer sekali.

Marilah kita dating berdua.
Tak oleh bawa Wafi sebab nak kena study untuk exam Isnin nanti.

Kasut nak pakai masa pergi umrah.
Cari yang flat je cuma nenek taknak yang rendah sangat.
Beli juga selipar dan stokin.

Masuk butik baju tak jumpa baju yang berkenan pula.

Beli pula pakaian dalaman.
Ini ummi belanja nenek๐Ÿ˜‰


Ini beli online je..
 Nenek pilih kaler ni.

Cik Fatin pilih putih..
Suci gitew!

Harap sempat sampai minggu ni.

Since nenek puasa hari ni, nenek nak buah je.
Singgah lah jaya Grocer dulu sebelum balik.

Omey nak Ilao Ilao smoothie.
Makaihh... segelas sederhana tu RM20.90
Hurmm.... layankan je lah budak nak periksa ni.

Kalau ibu dengan duit sebanyak tu boleh beli buah๐Ÿ˜‚

Tak jadi nak tukar duit hari ni. Kat money changer tu mereka cuma ada tukaran note 200 riyal. Besar sangat tukaran note tu.. at least note 50 riyal ok lagi.
So Isnin atau Selasa mereka suruh call dulu.


 

2 comments: