Pages

Friday, August 5, 2022

Bila Rindu Bertandang

Inilah kakak Widad kalau nak kita pergi jengok dia. 
Ada sahaja ayat-ayat dia yang bikin ibu ayah penasaran😁
Padahal baru je balik Raya Haji haritu. Ada je akal dia nak minta kita datang sana.

Ini sehari sebelum majlis Cik Fatin. Bila tengok schedule weekend agak penuh
6-7 : Wafi study nak exam SRA 
13-14 : Ayah balik kampung dan nenek gi umrah
20-22 : cadangan tapi Kawi kata lambat sangat

End up kita pergi visit kakak after majlis Cik Fatin. Itu je tarikh yang available.

Abang Imi taknak ikut sebab ada cousins.
Dok geleng kepala je Bami, katanya manjakan lah sangat Kakak Widad tu..
Asyik cakap dulu abang takde pun ibu ayah nak datang selalu.. hahaha
Jeles lah pulak dia😁

Lepas tapaukan makanan Kawi, kita balik rumah dulu mandi-mandi.
By 5.30 pm gerak ke Sabak Bernam.

Sebelum tu ayah book dulu Hotel Grand Court Sungai Besar.

Lepas ambik kakak, terus shoot check in hotel. Kita beli burger kat bawah je. Tak berhenti di restoren selalu sebab masih kenyang dan ada lauk kenduri.
Masing-masing pun tidur awal sebab dah penat.

Pagi kita breakfast di Restoren Kuala Kurau yang menyajikan pelbagai jenis makanan.
Kami pilih cucur udang, bakso, char koay teow, mi goreng mamak dan ayam goreng.

Kakak siap tapau untuk dinner. Lunch tak mahu makan sebab pagi dah makan berat.

Lepas breakfast tu  singgah Watson dan Mr Diy.
Ada sahajalah yang anak-anak ni nak beli.
Suka la pekan Sungai besar ni sebab kedai yang kita nak tuju tu semua berdekatan. Pekan pun kecil dan tenang.

Singgah juga pasar awam cari kudap-kudapanan untuk di bawa ke Poli dan ofis ibu.

Jumpa lagi Kawi!

Dah janji katanya hujung bulan 8 baru balik, tak perlu lawat lagi... harap boleh percaya 😂😂
 




No comments:

Post a Comment