Pages

Monday, August 8, 2022

Udang Putih Goreng Tepung

Kali ketiga seumur hidup ibu goreng udang putih ni. Abang Imi lah asyik dok request sebab few years back masa duduk rumah ummi, ummi kerap goreng udang putih. Lepas Bami request, sekali je ibu goreng lepas tu tak beli lah udang putih ni.

Last month ada goreng sekali. Hari ni goreng jugalah sebab Abang Imi asyik cerita je pasal udang ni.

Ibu gaulkan sahaja dengan tepung Bestari original sekali dengan kulit udang.

Ibu jarang nak beli udang ni sebab leceh nak siang dia. Lepastu dok teringat pernah baca tentang kulit udang yang susah nak hadam dan boleh sebabkan appendiks. Wallahua'lam.

Wafi hanya makan seketul je sebab dia kata takut tekak gatal makan udang. Abang Imi lah seronok sebab boleh makan puas.

Selain udang goreng, ibu gorengkan juga ayam, bendi dan sayur tumis. Cempedak tu last stok.

Siap masak jam 7.00 pm, Bami dan Wafi makan dulu. Ibu menyusul untuk berbuka sambil VC dengan kakak yang berbuka di Poli makan nasi ayam.

Alhamdulillah untuk rezeki malam ini.
 

2 comments:

  1. Untung Abang Imi dapat meratah banyak udang putih goreng tepung.

    ReplyDelete