Pages

Wednesday, February 7, 2024

Berakhir Kelas 1 Allium, 2024

Hari ni berakhir sesi persekolahan Form 1 2023/24 Wafi dan kawan-kawan di sekolah. Jam 2.30 pm parents sudah boleh ambil.
Makngah akan pickup Wafi dulu, Sabtu baru ibu ayah balik Kulim.
Insyaallah Isnin baru balik Klang.

Ibu Alya share gambar ini di grup kelas.

Beg-beg sudah bersusun. Tuannya entah ke mana 😁
Wafi kata beg ada 8, entah mana datang barang-barang dia sampai 8 beg bawa balik. Tu termasuk beg-beg plastik lah gamaknya.

Cikgu Fishal guru kelas juga share gambar-gambar kelas masa mereka mengadakan jamuan makan outdoor.
Jamuan ini sempena kelas Allium mendapat kelas terbaik dalam akademik tahun ini.
Alhamdulillah.




Nampak macam makan mi kari.
Ibu pun tak sempat tanya Wafi.


Cikgu Fishal beritahu anak-anak bawak lari handphone cikgu sebab nak ambil gambar 😆.
Sabar je lah ya cikgu 😅
Terima kasih cikgu yang sangat sporting. Dapatlah anak-anak mengabadikan gambar kenangan di akhir tahun.

Tu gambar di tepi tasik yang teratai layu di tasik madu🤣🤣





Wafi beritahu tahun depan masih sama dengan rakan-rakan kelas sekarang. 
Tiada streaming.
Cuma nama kelas bertukar menjadi 2 Delphinus.
Nama kelas Form 2 sempena nama-nama buruj (constellation) pula.


 

6 comments:

  1. yeayy bulan depan dah jadi senior...tunggu masa Pia pula jadi budak asrama,harap tak ada la homesick,rumah sepelaung je hihi

    ReplyDelete
  2. wahhh... bestnya wafi dpt outdoor dgn kwn²... mst guru kelas diorang baik kan sbb tu diorang berani bawak lari hp cikgu... hahaha... tahniah wafi dan kwn² atas pencapaian akademik terbaik

    ReplyDelete
  3. Best pula nama kelas 1 allium. Kejap je tahu2 dah habis Form 1. Masa berjalan pantas.

    ReplyDelete
  4. fuhh tibe tibe menggamit kenangan zaman muda remaja dahulu...

    ReplyDelete
  5. Waaah unik juga nama tingkatannya pakai nama constellation 😍👍👍. Kereen sih 😊.

    Lihat mereka pergi outing macam nih, teringat zaman sekolah kan.happy sangat waktu bisa kluar dengan seluruh teman sekelas. Apalagi kalo jauh jaraknya 😄

    ReplyDelete
  6. unik betul nama kelas Wafi...lama la cuti ni kan...

    ReplyDelete