Pages

Saturday, February 3, 2024

Tahlil Keluarga

Malam ni dapat berkumpul dengan adik beradik ibu untuk buat tahlil keluarga. Majlis ringkas dan buat sebelum kedatangan bulan Ramadhan.

Ummi, Cik Ujang, Cik Nora dan Cik Fatin tak dapat join atas urusan keluarga masing².

Tahlil dan bacaan Yaasiin kita buat selepas Maghrib.

Selepas bacaan Yaasiin tunggu lah situ dulu sementara masuk waktu solat Isyak.

Lepas solat Isyak bolehlah semua menikmati hidangan makanan yang dibawa secara potluck.

Ini yang ibu bawa mac & cheese beserta carrot cake.

Meriah meja.
Semua westernπŸ˜‚πŸ˜…πŸ˜…


Tunggu giliran semuanya.

Ibu mulakan dengan appertizer, homemade mushroom soup dan garlic bread dari Cik Wada.

Cik Elis bawa sate ayam dan daging dari Sate Mesra.
Manakala Cik Ami bawa Ayam Bakers Cottage.

Cream puff tersedap tu Cik Baya bawa.
Buah mata kucing dan pulasan Cik Biela beli di Sabak Bernam. Kemain jauh lagi beli nya.

Macam biasa bila adik beradik perempuan jumpa, riuhlah kat dapur sambil makan.
Geng boys duduk depan TV layan game bola. Manakala anak² dok sibuk main bola kat padang rumah Atuk Jep.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walau beberapa hari sahaja shout out dalam grup family.

 

11 comments:

  1. Semoga sampai pada arwah.. semoga semua yang telah meninggal ditempatkan di kalangan insan-insan terpilih.. dan diampunkan dosa2 mereka serta dosa2 kita.. ameeennnnn

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah.
    Beginilah biasanya dibuat sebelum Ramadan.
    Moga ukhuwah terus berpanjangan.
    Seronok sangat dapat kumpul ramai-ramai.

    ReplyDelete
  3. ada nasi ambeng tak., hehe aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takde lah Wak Lat sebab buat adik beradik je jadi nak buat yang senang-senang. Tak ada rewang-rewang.
      Kalau ikutkan tahlil orang jawa memang ada nasi ambeng, sekarang buat ringkas je.

      Delete
  4. Aamiin... terima kasih Pak TA.
    Dulu arwah embah saya pun selalu sebut "tahlilan" tapi masa itu buat besar lah majlisnya jemput jiran dan saudara mara. Kami buat adik beradik sahaja.

    ReplyDelete
  5. keluarga besar seronok kak...tak perlu panggil orang luar dah adikbradik pun dah ramai dah macam kenduri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila dah ramai-ramai berkumpul, kadang impromptu je buat tahlil ringkas.

      Delete
  6. Biasanya sepupu saya yg rajin buat acara tahlil sebelum ramadhan ini. Tapi THN ini ntahlah dia buat atau tak. Memang dah paling benar potluck. Varian makanan pun jadi banyak dan beragam ❤️πŸ‘

    ReplyDelete