Pages

Monday, February 19, 2024

Wafi Outing Dengan BFF

Ini cerita hari Jumaat 16/2/24, Wafi bersama Nayli dan Dania keluar outing ke Setia City Mall. Pada mulanya mereka bertiga akan dihantar oleh mak Dania tengahari dan akan dijemput semula petang setelah selesai program yang mereka atur. 

Ibu fikir betterlah Kakak Widad yang hantar boleh kakak tunggu. Pagi tu pulak kakak perut tak selesa.. arghh... sudah.. macam nak kena tukar plan je minta mak Dania hantar. Petang balik dari ofis ibu boleh singgah ambil sebab jarak dekat je dalam 7 minit. Tengahari tu kakak kata dah ok boleh hantar mereka.

Mereka sampai SCM by azan Zohor jadi bolehlah solat dulu sebab dah cadang tonton movie jam 2.05 pm.

172 days, filem Indonesia.
Itu je yang suit dengan time mereka. Kakak yang tolong belikan tiket. Dalam panggung ada 10 orang je.. hahaha... Jumaat hari kerja lepastu rasa movie ni dah lama. Ok.. lah.. killing the time.

Lepastu lunch di K-Fry.
Sekali lagi kakak tolong orderkan menggunakan menu scan. Rasa kalau kakak tak ada mereka boleh cuba sendiri atau bertanya pada waiter.
Ibu tanya Wafi kalau kakak takde camne nak order? 
Kitorang carilah restoren lain.
Hurmmm...

Lepas kakak orderkan makanan kakak pergi tempat lain tinggalkan mereka makan. Tunggu je lah mereka di kereta.

Ni Wafi tunjuk kat whatsapp grup family khas buat abang. Saje lah tu nak sakat abang dia dengan patung haiwan. Sempat lagi!
Kalau ada 🐢 @ 🐷 mesti lagi suka nak nyakat tapi setakat ni takdelah jumpa patung haiwan tersebut di Kaison.

Ni Wafi beli handbag masa di Kaison. Kawan² yang suggest sebab Wafi tak ada handbag sendiri. Wafi pulak berkenan, jadi belilah kaler light grey ni. Ada few colors. Harga RM19 je.

Balik tu kemain suka tunjuk kat ibu.
Maklumlah.. sebelum pergi tu banyak betul dramanya sampai nak cancel outing tu. Dok whatsapp kat ibu pagi tu. Salah satu sebab takde beg nak bawak.. ibu pesan bawak je tote bag.
Kawan² mana pakai tote bag.

Adehhh

Minta dia tumpang kat kawan wallet tu. Nanti kot jumpa handbag bolehlah beli.
Mujur ada beg yang dia berkenan🀲

By 6.30 pm diorang sampai rumah, lebih kurang ibu sampai dari ofis. Kemain seronok cerita pasal outing dengan BFF.




 

7 comments:

  1. besar dah anakdara sorang ni dah pandai nak pakai handbag hehe..Pia belum sampai masa lg ni,setakat hari ni masih setia dgn backpack

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun lebih suka Wafi bawak backpack atau tote bag je. Senang nak isi barang.

      Delete
  2. Semasa remaja memang asyik ya jalan-jalan, meluangkan waktu dengan best friend kita ya Mbak.
    Lihat foto Wafi sedang makan bersama BFF-nya, terbayang ceria nya mereka di masa remaja ini.

    Suka nonton film Indonesia juga Wafi ini?

    Bahagia selalu untuk Wafi bersama BFF-nya.

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada kesempatan cuti sekolah dapatlah dia berjalan² dengan BFFnya Pak.

      Masa tayangan filem tu sesuai pada masa mereka keluar dan jalan cerita pun sesuai buat mereka.

      Delete
  3. Harga beg tu berbaloi sangat la kan. Cantik je bila pakai tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah.. padanlah untuk usia remaja, simple.

      Delete
  4. Tapi baguuus lah bag nya. Sukaa dengan color nya yg purple tapi lembut. 😍😍😍. Memang sesuai untuk teenager.

    Terlihat happy wafi jalan dengan bff nya . Kalau melihat ini, langsung terbayang anak saya pula, sebentar lagi pasti minta nak keluar dengan teman2 juga πŸ˜„

    ReplyDelete