Pages

Tuesday, February 13, 2024

Ziarah Tok Ngah di Changlun

Oleh kerana kita ada di Kulim ayah suggest ziarah Tok Ngah dan sepupu ayah, Dikwang yang mengalami stroke separuh badan sebelum ini. Kami pergi berempat sahaja sebab Tokwan sudah ziarah bersama Mak Ngah.
Perjalanan dari Kulim ke Changlun lebih kurang 2 jam.

Alhamdulillah nampak sudah ada perubahan dan sudah boleh berjalan menggunakan tongkat.

Tok Ngah ni adik arwah Maktok.

Bihun sup dan mi rebus ni kami tapau dari Gerai Jo Cendol di Pekan Napoh sebelum sampai ke Changlun.

Meriah gerai ni.
Selain bungkus bihun sup dan mi rebus, ayah ada beli cucur udang kuah kacang. Sedap!

Jam 10 pun lauk pauk sudah banyak terhidang.

Tak boleh tahan tengok gulai ikan kembung atas tu. Mujur masa kat Padang Serai dah sarapan dulu, kalau tak memang nak makan lauk ikan tu huhu..

Ulam-ulam dan sambal belacan tu pun nampak menyelerakan.

Ayah makan cendol sorang-sorang sebab yang lain duduk dalam kereta je.

Signboard Gerai Haji Johari.
Dah macam mini RnR pula apatah lagi ia laluan untuk ke Bukit Kayu Hitam, sempadan ke Thailand.

Kalau nak beli insurans ke Thailand pun boleh dibuat di kaunter sebelah Gerai Haji Jo.
 

6 comments:

  1. semoga beliau semakin sihat... ameennnn.. sedap sungguh laksa tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiin.. itu jugalah yang kami harapkan 🥰

      Delete
  2. Moga sihat selalu. Changlun ni tempat ambik insurance kereta kalau nak ke Thailand ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu, banyak kedai2 jual insurance sepanjang nak ke BKH.

      Delete
  3. allhamdulillah semoga tok ngah terus sihat...

    ReplyDelete