Pages

Friday, February 9, 2024

Kakak Widad Masak Apa Hari Ini?

Kakak Widad sudah ada di rumah semenjak hari Isnin sempena cuti semester. Jadi urusan memasak memang kakaklah yang handle. Masak untuk dinner je sebab pagi ibu ayah memang tak akan breakfast di rumah. Kakak Widad pula jarang breakfast dan lunch. 

Sebelum cuti lagi kakak dah pesan belikan mixer. Mixer Phillips lama Cikti dah gigit wayar... geram agaknya mixer tu dok tak berusik walau letak atas table top🀣🀣. Ibu beli brand Pensonic, nampak kat Econsave RM104. Bila bayar jadi RM88 je. ahhhh.. suka²πŸ˜πŸ˜

Inilah yang kakak buat, Kek Tapak Kuda.

Entah tiba² viral semula. Masa mula² beli dulu RM25 sebatang. 2 minggu lepas beli kat stall tepi² ada dijual RM15 tapi saiz kecil. Ok lah.. bukan nak makan banyak pun.

Ibu beritahu kakak beli je RM15 dah boleh terus makan. Kalau nak beli sendiri dengan kos bahan² bakeri tak adalah murah sangat. Since kakak insist nak buat, ibu turutkan je lah.

Tekstur kek elok dan secukup rasa cuma filling je sikit sebab kakak beli Biscoff spread botol yang kecil untuk buat 2 Kek Tapak Kuda.

Dah tau lepas ni beli lebih dan kakak kata Wafi dah request. Adik dia lah tu yang ajar makan KTK.

Cik Cha share status kakak.. halah².. sempat lagi tu.



 

5 comments:

  1. Kek Tapak Kuda ni rasanya dah nampak lama dah cuma baru2 ni viral pulak...

    ReplyDelete
  2. Saya betul2 penasaran dengan cake ini. Sebenernya agak mirip dengan bolu gulung kalo di Indonesia . Tapi terkadang saya nak coba juga yg tapak kuda ini πŸ˜„πŸ‘. Dah pandai kak widad baking yaa ☺️

    ReplyDelete
  3. ladang pahala ibu ayah betul ni...pandai la kakak widad buat..aunty cekodok pandai la ha...

    ReplyDelete