Pages

Sunday, March 24, 2024

Tak Jadi Berbuka Di Rumah

Jumaat lepas kan dah plan nak buka puasa kat rumah sama² Wafi. Khamis malam sebelum tidur Wafi bagitau ada beberapa barang yang nak dibeli. Semua tu ada kat Setia City Mall. Jadi ibu decide lepas ofis ambil Wafi dan terus ke SCM. Pagi sebelum ke tempat kerja ibu hantar Wafi ke rumah nenek sebab ada orang yang ayah upah datang rumah untuk tukar tingkap bilik abang. Tak bolehlah biarkan Wafi kat rumah pula.

Sempat ibu tapaukan Wafi air tembikai untuk buka puasa. Ibu balik rumah dulu untuk mandi dan solat Asar kemudian baru pickup Wafi kat rumah nenek. Sampai SCM ngam² azan Maghrib. Teruslah ke surau dan berbuka dulu dengan kurma dan air tembikai.

Lepas solat Wafi kata kenyang lagi jadi kami terus ke Typo. Wafi nak beli Tumbler. Entah tumbler ke berapa ntah dibelinya sejak masuk asrama. Gamaknya trend kot tukar²🙄

Happylah tu dapat apa yang dia nak. Kemudian cari plak buku rujukan Komsas.

Bila tengok Wafi kata kenapa lain dari yang sekolah guna. Ohhh.. bàru dia ingat, yang ni edisi Selangor.  Kiranya student kat utara belajar dari novel yang berbeza. Jadi tak adalah jual edisi utara kat MPH, SCM ni.

Ibu check kat Shopee ada jual yang edisi utara. Nantilah ibu cari.

Walau tak dapat buku, adalah pen colour² yang dibelinya. Mujur tak beli correction tape 🤣

Kemudian masuk pulak Watson. Ni pun kedai wajib untuk anak² bila keluar cari barang. Ada je lah yang nak ditopup. Masa nak cari restoren ada plak booth Telekung SK. Teringat masa cuti sekolah haritu Wafi kata nak telekung spare tapi ibu tak sempat belikan. Telekung kat rumah yang elok sket takde warna putih.  Balik kali ni lupa pula nak bawa balik telekung sebab tertinggal kat surau. Bahagian muka telekung dah berminyak katanya. Jadi ibu belikan je lah telekung SK tu.

Berkali² Wafi ucap terima kasih kat ibu sebab dapat semua barang yang dia nak.

8.20 pm barulah nak cari tempat makan. Ibu dah lapar tapi Wafi kata kenyang lagi. Tak makan pun tak apa.  Aiķkk.. gerammmm je.. dah².. jom makan. Ibu dah lapar ni. Karang dengan Wafi ibu telan😬😬

Nak masuk The Chicken Rice Shop tapi pelayan beritahu nasi tak masak lagi. Dalam resto ramai pula yang menunggu. Better cari resto lain.

Masuk restoren ayam penyet je lah. Wafi ambik set ni. Itu pun makan tak habis. Ibu soh ratah ayam je.

Ibu ambik set talapia penyet. Tak best sebab ikan tak fresh tapi sambal sedap. Tak habis juga. Kalau ikan fresh mesti dah ratah sampai kepala.

Alhamdulillah dapat berbuka berdua malam tu. Ayah tak dapatlah ikut sebab sampai rumah lewat.

Lepas makan ibu offer Ilao Ilao, taknak pula. Hairan🤔

Selamat duit ibu😁😁

Dahlah jom balik.. Wafi nak sambung homework yang tak siap lagi. aisehhhh..

 

3 comments:

  1. Dh 13 Ramadhan SA blom ada peluang berbuka kat luar..ntah bila la nak berbuka kat luar...

    ReplyDelete
  2. Mungkin kenyang sangat tu kot tak nak makan manisan lagi.

    ReplyDelete
  3. Tapi memang selama puasa ini jadi cepat kenyang kan. Makanya tak nak makan banyak. Mungkin wafi pun begitu.

    Sambal penyet nya memang kliatan enak. Sambal penyet nih penting, karena kalo sambal tak enak, saya pun langsung tak suka habiskan lauknya 😄. Paling suka kalo makan sambal penyet di Surabaya. Krn memang asal mulanya dari sana, penyetan Surabaya. Dan orang Surabaya sukaa sangat pedas. Makanya sambal mereka selalu pedas , cocok buat lauk ayam dan ikan yg di penyet.

    ReplyDelete