Pages

Saturday, June 8, 2024

1 Zulhijjah 1445H

Pagi ni santai-santai di rumah sahaja. Takde nak keluar briskwalk. 

Pagi tadi sahur ibu gorengkan keladi dan buat kopi-o panas.
Nasi goreng tu kakak Widad goreng awal sikit sebab dah lapar katanya. Ibu panaskan semula dan gorengkan telur. Ayah je sorang makan nasi goreng ni sebab tak banyak.

Kakak Widad sampai pagi semalam. Lama lah sikit cutinya.

Uniform kerja ibu dah siap iron.

Tudung pun dah setel. Tudung-tudung ni kalau ikut cukuplah kegunaan 2-3 minggu. Every weekend memang ibu iron terus yang sudah dibasuh. Jadi takde lah tunggu banyak baru iron atau iron satu-satu setiap hari untuk dipakai ke ofis.

Siap semua kerja rumah bolehlah update blog dan BW.
Sambil-sambil tu layan Netflix. Tadi tengok movie Hit Man, macam bosan pula.
Sekarang layan The Night Agent. Rupanya drama bersiri.
Adoi... dah alang-alang terjebak sambung lah epison 2 ni.
 

11 comments:

  1. Awal iron baju tudung tu. Gitu la orang bekerja kan hari cuti la nak settle semua.

    ReplyDelete
  2. Banyaknya tudung yg dah siap iron tu... Linda memang tak suka iron baju.. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang tinggal ambik je. Akak pun tak gemar iron baju tapi terpaksa sebab uniform ofis kain cotton huhu..

      Delete
  3. Ibu pakai uniform ye pegi keja... Senang tak yah fikir nak pakai baju apa setiap hari kan...
    Selamat berpuasa Kak 🌹

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah.. pakai uniform je itu sebab tak banyak baju kurung hehe

      Delete
  4. SA kalau rajin kumpul semua baju nak gosok, gosok kat dobi je...sehelai RM3, tudung je gosok sendiri...tapi tu la..sejak Dania kerja ni...memang buat sendiri la..gosok baju yang senang iron / pakai je baju ironless...so not SA sebenarnya but dah tua2 ni kederat berdiri lama gosok baju tu kurang dah...hahaha..banyak betul alasan erk

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo.. ada eh servis gosok je kat dobi. Ingatkan yang style dobi lama2 tu basuh dan gosok. Rupanya gosok aje pun ada.
      Akak kalau rajin gosok baju 2-3 hari sekali jadi bila weekend tak banyak sangat. Memang malas nak berdiri lama2 gosok2 baju ni.

      Delete
  5. Mungkin saya harus gantung hijab saya seperti cara kakak yaa. JD bukan dilipat. Kalo dilipat memang 2x kerja setrika asisten saya nanti. Jadi dia setrika sekali, tapi kalo saya nak pakai, dia setrika lagi dan tidak dilipat yg kedua kali. Supaya lipatannya tak kliatan. Kalo digantung dan diikat berarti kan cukup sekali iron 😄👍

    Tx kak, nanti nak bagi tahu asisten saya pakai cara ini 😄

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau guna penyepit baju atau hanger yang ada penyepit kedut sikit aje hujung nya tu. Tapi akak belasah je sebab yang bahagian ikatan tu letak di dalam. Sendiri je nampak 😁

      Cuma mungkin ada orang tak suka sebab tergantung2 begitu kalau ada almari tinggi dan simpan tersorok takde lah nampak serabut.

      Delete
  6. The Night Agent tu macam pernah tengok kat Netflix. Bab bersiri tu kadang malas nak tengok sebab kita kena tengok semua siri nak tahu pengakhiran cerita.

    ReplyDelete