Pages

Thursday, June 27, 2024

Khabar Dari Asrama

Petang tadi cikgu penyelaras upload di telegram gambar program hari ini.

INSENTIF UASA 2023 & PENYERAHAN T-SHIRT PAKSI😍
27/6/2024
Dewan Terbuka 

Dapatlah ibu tengok gambar² Wafi dan kawan² Paksi 2

Rasa mereka beratur ikut kelas tapi tak sure kenapa Wafi berdiri depan sekali.
Nak kata paling rendah tak juga.
Nak kata dapat award tak juga😅

Nampak ceria je semua.

Bersama sebahagian dari guru.

Paksi 2 ni ada 120 orang. Equally 60 boys and 60 girls. 
Kot ada data yang tertinggal ibu tak sure tapi around gitu lah setiap batch.
Haritu Wafi beritahu top 10 Paksi 2 akan terima insentif. Mungkin dalam bentuk RM.

Ini pula penyerahan T-shirt Paksi 2.
Nama batch mereka Cosvictor.
Pelajar sendiri organize T-shirt setiap batch.

Rasanya dah banyak helai lah t-shirt yang Wafi ada. T-shirt rumah lain pun dibeli... begitu juga permainan lain. Haritu kata nak beli T volleyball. Gamaknya 5 tahun kat sana penuh kot locker dengan T yang pelbgai jenis. 

Kalau t-shirt yang ada badge sekolah boleh pakai di kawasan sekolah manakala yang tiada badge hanya boleh pakai di asrama sahaja.

Simpan sini gambar² gelagat Wafi dan kawan².


Bila dok belek² gambar Wafi baru ibu perasan Wafi pakai T-shirt merah. Patut rumah Laksamana kaler biru😁.
Sabar je lah...


Esok Wafi dan team kriket akan ke Pahang. 
Harap cikgu dapat share gambar² mereka.
 

5 comments:

  1. UASA ni macam perkataan baru ni sebab zaman Dania takde UASA ni mungkin macam exam juga kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye kak Ezna.. UASA baru lagi.. Sejak2 takde UPSR nie... Tapi, linda pun lupa nama panjang nya apa... Lagipun sekrg kan pakai pentaksiran je semua...

      Delete
    2. Ujian Akhir Sesi Akademik (UASA) bila UPSR & PMR dimansuhkan.. senang kata Periksa Akhir Tahun lah gitu Ezna.

      Delete
  2. Seronok nampak wafi...
    Semoga dipermudahkan urusan team kricket nanti...

    Terus teringat geng2 pakistan main kricket dekat tanah lapang area rumah MIL dulu.. Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..
      Gamaknya geng-geng Pakistan ni ke mana-mana pun memang dibawaknya game tradisi diorang.

      Delete