Pages

Tuesday, June 18, 2024

Tak Jadi Naik ETS

Pagi tadi masa Wafi bangun mengadu badan rasa panas. Ibu minta dia tidur sekejap lagi bagi lega. Hari ni Wafi akan balik ke asrama. Tak lama Wafi bangun semula. Ibu tanya nak balik tak.. dia dok fikir². Decide nak balik sebab esok ada exam Science, PK dan RBT. Wafi taknak ambil exam sorang² nanti. Wafi dah plan kalau esok lepas exam masih demam nak minta makngah Shila ambil.

Lepas sarapan ibu bagi paracetamol dulu. Otw pergi ke KTM tu ibu singgah beli koyok di Petronas Latar. Bila ibu masuk kereta Wafi kata tak larat. Ibu dah risau sebab perjalanan Wafi jauh takut sampai sekolah lagi demam. Dah kena duduk dalam sickbay pulak dan mungkin esok still tak dapat duduki exam.

Jadi ibu ayah decide patah balik dan bawa ke klinik.
Maklumkan juga pada mak² geng ETS yang Wafi tak balik sama. Ibu dah book teksi semalam lagi. Jadi hanya Najlaa dan Alma sahaja yang akan naik. Mujurlah berdua sebab mereka biasa balik sekali dengan Wafi.

Sepanjang jalan tidur. Ibu tengok muka pun dah merah. 
Bila doktor check tekak dah bengkak dan merah. Panas dah kurang sebab ibu dah bagi ubat. 
Doktor bagi 3 hari MC sehingga Khamis. Disebabkan Jumaat merupakan public holiday di Kedah maka ibu ayah akan hantar Wafi balik asrama hari Sabtu nanti.

Ni bila malam Wafi demam semula. Adalah hikmahnya Wafi tak teruskan perjalanan tadi. Bolehlah ibu pantau kesihatan Wafi.
 

9 comments:

  1. Semoga cepat sembuh wafi... Insya-Allah.. Dpermudahkan urusan mengambil exam nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin.. cikgu pun ada beritahu nanti Wafi ambil exam dengan kawan-kawan yang belum ambil sebab sakit dan ada yang terlibat dengan sukan.

      Delete
  2. Assalamualaikum, moga cepat sembuh dan sihat Wafi. Betul tak risau sangat bila dapat pantau kesihatannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. Aamiin..
      Anak-anak ni memang nak kena pantau masa sakit. Walau dah besar sikit tapi kalau demam nak juga orang lain bagi ubat.

      Delete
  3. Semoga wafi cepat sembuh ya kak 🤗. Memang lah bagus istirahat dulu di rumah jadi bisa dipantau selalu. Risau juga kalo kalau tetap balik ke sekolah. Takut kenapa2 pula di jalan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin..
      Alhamdulillah sudah sihat. Anak sakit ni walau sekadar demam memang kena pantau depan mata. Kalau tak memang risau.

      Delete
  4. Kalau anak tak sihat ni kita la paling risau.....

    ReplyDelete
  5. Lama tak dengar 'koyok'. Masa dijual rupanya ye.
    Syukurlah, Wafi demam tapi ada ibu di sampingnya.

    ReplyDelete
  6. Allahu demam rupanya dia..nampak merah mukanya tu

    ReplyDelete