Pages

Saturday, June 21, 2025

Menginap Satu Malam Di Hotel Jelai, Raub

Inilah hotel yang kami stay di Raub, Hotel Jelai. Hotel ni kat area pekan.

Jam 10 malam baru daftar masuk. Harga semalam untuk bilik Deluxe Triple Room RM119 termasuk breakfast untuk 3 orang. Sehari sebelum pergi baru ayah book melalui booking.com

Deposit sebanyak RM20 perlu dibayar.


Simple je lobi hotel ni.

Kalau tengok rate, hotel ni 2 * sahaja.

Ada cawangan di beberapa daerah.

Ada caj kelestarian Negeri Pahang sebanyak RM3 perlu dibayar.

Bilik kami di tingkat 3. 

4 tingkat semua dan ada kemudahan lif.

Penapis air di setiap tingkat.

Iron dan board di situ.

Bilik besar, kemas dan bersih. Nak solat pun sangat selesa.
TV tak reti nak buka walau ada panduan. Lagipun mata dah takleh nak buka.

Tuala dan hanger ada nuuuu
Aircond sejuk... style ni macam kat rumah, senang nak selaras.

1 katil queen dan 1 single.

Tak sempat medang pun.


Bilik air basic. Air kuat. Hanya bath gel disediakan. Toilettries lain seperti berus gigi takde.

Ajomlah beradu.... lampu tidur ada style 😆


Sarapan Pagi Di Kafe

Sarapan disediakan jam 7 - 10 pagi.
7.15 am kami turun.

Kafe dia gini.

Nasi lemak dan mee/bihun goreng.

Ada roti beserta kaya dan planta.

Kopi dan teh je ada.

Gula dan susu pekat dalam bekas legend, jenis picit².

Simple je kaunter makanan dia.

Alhmadulillah... cukup dan kenyang untuk sarapan pagi.

Tengahari kita food hunting tempat lain.

20 comments:

  1. Selamat datang ke Pahang. Hihi. Raub banyak tempat makan best.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat explore banyak tempat makan Cie. Masa terhad. Mungkin lain kali boleh JJCM lagi.

      Delete
  2. Banyak juga pilihan breakfast tu utk hotel taraf ni Kak...
    Masa pergi Temerloh hari tu pun nampak Hotel Jelai ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nasi lemak dan bihun goreng tu rasanya ada orang hantar sebab dapur hotel kecil je.
      Hotel Jelai ni kat Pahang je kot ada. Nampak juga beberapa hotel lain kat pekan tapi nampak kebanyakannya hotel budget.

      Delete
  3. Puas hati juga.. Dengan harga macam tu, dpt bilil besar.. Sekali bfast..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa daftar baru tau ada breakfast bila nampak cafe sebelah receptionist. Memang rezekilah book kat situ.

      Delete
  4. Hotelnya tampak bersih, rapi dan teratur ya Mbak.
    Sarapan paginya boleh juga...eh ada nasi lemak juga...

    Salam,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun hotel 2 star je tapi bersih dan kemas. Besar pulak tu. Tak adalah terasa 'sumpek'.

      Delete
  5. Alhamdulillah, dapat luruskan kaki di kala malam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah.... letak kepala je terus lena atas katil empuk.

      Delete
  6. Sesuailah dgn harga dn yg penting bersih! Bilik tak hapak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah... pengudaraan cukup itu yang takde hapak.

      Delete
  7. Besar jugak nmpk biliknya dan yg penting bersih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senanglah mereka nak manage bila bilik tak guna karpet.

      Delete
  8. Hotelnya simple tapi selesa. Harga pun murah juga untuk semalam besar bilik macam tu dengan sarapan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa asben book tu dia tak cakap pun ada breakfast sebab macam tidak dinyatakan. Dapat harga RM119 triple room pun syukur sangat. Bonus lah bila ada breakfast.

      Delete
  9. Walaupun simple hotelnya, tp banyak juga cabang dia ya kak , 😍👍.

    Melihat sarapannya, langsung lapar pula liat nasi lemak 🤣.

    Saya sukaaa dengan ruangannya yg luas. Kalo bawa koper banyak dan besar, tetap berasa lapang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bilik simple namun luas. Betul tu, senang nak letak beg.

      Delete
  10. Tak pernah lagi stay hotel jelai di raub tapi di temerloh dgn lipis bayak kali dah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya Hotel Jelai ni memang kat belah2 Pahang je ada.

      Delete