Pages

Saturday, May 30, 2026

Family Day 2026 : Sarapan Pagi Di Pak Tam Kopitiam

Sabtu 30/5/2026 golek tayar jam 7 pagi. Tak konvoi dengan adik beradik lain sebab ada yang nak ke homestay terus, ada yang nak jalan² dulu seperti kami di sekitar Tangkak & Muar.  

Ingat nak breakfast kat RnR Seremban tapi kemain panjang nak masuk parking. Jadi divert masuk Seremban breakfast kat Pak Tam Kopitiam.

Menu yang ada.

Family yang ada termasuk Cik Ujang, Cik Elis dan Cik Baya.

Menu yang kami order
  • Roti Bakar Pak Tam (Telur Goyang) (3)
  • Kacang Foul
  • Omelette & Sausage
  • Telur ½ masak
  • Kopi C
  • Teh-o ice
  • Ais kosong (2)
Dina dah spill lagu Spongebob.. aishhh... mama kata rahsia😂
Makngah mana ada tanya... dia sendiri yang excited bagitau.

Lepas breakfast kami terus ke Tangkak. Sambil tu cari² tempat mana nak singgah walau dah ada itinerary. Nak tengok kesesuaian dulu.

20 comments:

  1. Bami ke anak bujang tu? Nampak lain sungguh rasanya..
    Besar betul bear Kawi tu..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. Bami lah tu.. rambut baru potong, style Tomok 😁
      Patung Kuromi baru beli khas untuk persembahan FD.

      Delete
  2. Cie suka betul menu kopitiam gini. Memang best breakfast.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada juga nasi & mee tapi budak-budak ni nak makan light je.
      End up roti tu tak habis pun bahagian tepi-tepi, makan bahagian tengah je.

      Delete
  3. Haha sama dgn anak² Sy & anak² buah, suka spill tea. Paling risau kalau pecah rahsia warna baju raya 😂

    Have fun and safe journey kak

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih... budak-budak excited sungguh 😂
      Alhamdulillah selesai semuanya.

      Delete
  4. sedap tgk roti bakar telur goyang tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Habis tengah je.. yang luar tak makan habis sebab tebal.

      Delete
  5. Kuromi tu kegemaran Uzma...pagi2 nk p sekolah kalo dia request rambuh Kuromi jenuh nak mendandan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti comel tu.... mama plak rajin melayan.

      Delete
  6. Seronok membaca perkongsian Family Day ini. Suasana kekeluargaan dan momen sarapan bersama terasa begitu hangat dan penuh kebersamaan. Terima kasih kerana berkongsi cerita yang sederhana tetapi sangat menyenangkan untuk dibaca.

    ReplyDelete
  7. Meriah nampak menu yang dipesan tu.

    ReplyDelete
  8. Amboi...mencemar duli masuk Seremban sarapan ye...kalau tau boleh jumpa..hahaha...Meriah betul menu sarapan pagi di Pak Tam Kopitiam ni, Kak! Nampak menyelerakan sangat roti bakar dengan telur goyang tu. Memang gandingan mantap buat alas perut sebelum sambung perjalanan ke Tangkak dan Muar

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih.. ampunnn kakak kawasan... ritu nak tag tapi cancel sebab tau mesti takdan nak jumpa😁

      Delete
  9. Breakfast di kopitiam mmg best... Masuk Seremban sbb nak breakfast sblm ke tangkak.. Dah tahu mana nak pergi okla.. 👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ingatkan nak breakfast kat RnR Seremban tapi nak masuk situ pun dah jammed. Tu yang decide masuk Seremban terus. Sana tenang-tenang je.

      Delete
  10. Waaaah serunya mengadakan famday lagi ya kak 😍😍😍. Paling sukaa kalau bisa ramai2 dengan keluarga besar begini laah. Susah sangat biasanya mengumpulkan banyak kluarga utk bisa gathering

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuti Hari Keputeraan Agong kami gezetkan untuk buat Family Day. Jadi date tu semua orang kena standby🫣

      Delete