Pages

Saturday, June 13, 2026

Family Day 2026 : Dinner BBQ

Sebelum mak-mak keluar untuk ambil gambar di tepi sawah, dah pesan kat abang² untuk bakar ayam, daging, tauhu dan sosej. Ayam sudah diperap pada hari sebelumnya.

Jam 6 Cik Awie dah hidupkan arang, jadi anak² lelaki tinggal bakar. Ambil masa juga untuk jadi bara.


Tepi Teratak Bidara ni gelap sikit, itu yang terpaksa guna torchlight handphone.

Kerja-kerja membakar semua anak buah take over.
Pakcik-pakcik dah boleh cuci tangan.

Sudah passed semuanya.

Bakar² ni ambil masa yang lama, jadi by 8.30 baru boleh makan ramai².
Sedap perapan ayam tu. Seharian diperap buatkan ia jadi lebih sedap.

Ibu lepas aktiviti persembahan & tukar² hadiah baru makan. Mujur dah minta Wafi tapaukan siap².. makan kat beranda.. cuma semua dah sejuklah sebab letak dalam bilik kena aircond.

Anak-anak lelaki masuk Rumah Seraya.

Bonding main PS Bami sama². Masa pergi Bami lupa nak bawak PS jadi minta Abang Izzat yang datang dari Tapah singgah rumah ambil dulu.

Gang² bapa dok bersembang kat Teratak Bidara. 
Gang mak² dah tak mampu nak buka mata jadi tetus masuk bilik.
 

No comments:

Post a Comment