Ibu sambal yang pedasnya astaghfirullahalazim.... ibu ambil sikit.. masak lagi tambah hirisan bawang besar, gula kabung dan asam keping. Sedaplah buat pencicah.. manis² pedas.
Takde apa nak buat... ibu layan My Royal Nemesis. Sambil tu blogwalking juga.
Jam 11 keluar gi Pasaraya 99, belikan jajan Wafi. Sekali nak post "adik²" dia. Katanya tak tau mana pergi, agaknya jenis pakai buang😬. Semalam ibu singgah beli kat Pusat Pakaian Harian, siap basuh malam tadi.Courier juga kasut Kak Widad.. nak pakai masa FYP presentation. Pertama kali guna SPX kat kedai yang arrange courier. Staff kata SPX hari² ada pick-up. Ibu ada personal account GDEX tapi Isnin lah baru boleh hantar. Biasa runner ambil di ofis. Nak cepat itu yang ibu guna SPX arrange hari ni. Harap² ok lah service SPX.Hari ni Bami, Aqil dan Syafiq, bertiga Cousin Day Out. Sebelum ni Bami kerap ajak Aqil, ni Syafiq dah besar dan tinggi bolehlah join the club. Adik² lain nampaknya kena berbaris tunggu besar baru boleh keluar.Lepas ambil kereta, ayah ajak medang kat Secret Recipe dekat² dengan bengkel.
Ujian🤧
Hari Jumaat sehari sebelum Family Day, ayah bawa kereta park depan klinik. Selesai urusan, nak masuk kereta tengok bumper depan ada orang langgar. Tak tau lah.. motor ke kereta. Yang melanggar tu pasti melarikan diri. Ayah terus tanya kat bengkel sebelah, tokey kata boleh bawak lagi kereta tu sebab bumper je rosak.
Nak buat report polis pasti hassle... nak cari bukti kedai yang ada CCTV atau saksi yang nampak. Dengan dah petang lagi. Karang pergi buat report bukan sekejap, balainya kat Sungai Kapar Indah sana. Maunya sampai malam. Penat badan lagi. Kalau nak claim insurance pihak ke-3, kena tau kenderaan yang buat salah. Cari melalui cctv atau kena cari saksi. Memang akan menguji mental dan fizikal. Ayah kata bayar je lah sendiri nanti.
Masa dapat tau kena langgar tu ibu cuba cool je lah. Taknaklah hilangkan mood sebab nak berjalan. Pejam je lah mata dulu walau dalam hati gerrammm je. Sehari sebelum tu tayar terkena skrew.
Hari ni baru ayah sempat hantar sebab perlukan sehari kereta kat bengkel. Hantar jam 10 pagi, 6.15 pm tokey call dah boleh ambil kereta.
Alhamdulillah puas hati dengan workmanship nya. Melayang RM400😭😭






No comments:
Post a Comment