Pages

Thursday, June 11, 2026

Sambut Birthday Wafi

Hari ini ulang tahun kelahiran yang ke-16
Kita sambut in advance pada Jumaat malam lepas sebelum Wafi balik sekolah hari esoknya.
Beberapa hari sebelum tu ayah dah tanya nak makan kat mana tapi Wafi tak bagi keputusan. Masa bersiap-siap tu baru Wafi cakap nak makan kat Serai, Setia City Mall. Biasanya jenis tempat makan akan menentukan pakaian dan persiapan/mekap Wafi. Kalau kata makan kat mamak ke kedai tomyam ke, pakai T-shirt, seluar track dan tudung sarung 😁

Masa sampai restoren, Wafi kata nak makan kek jadi dia pilihlah sendiri Burnt Cheesecake. Lepas tu dia pergi duduk. Ibu pesan kat staff tuliskan perkataan birthday. Bila mereka hantar kek, sekali pasang lagu  birthday walaupun ibu tak pesan. Ibu terkejut juga apatah lagi Wafi sebab dia pun tak sangka ibu request perkataan birthday tu. Bagusnya kat Serai ni dia takde lah pasang lagu birthday yang bingit.. just sedap didengar.

Ingatkan kat Serai anak² nak order nasi putih dan lauk rupanya nak makan lain.

Order satu Teh Tarik je.. yang lain minum air kosong. 

Sang Har Yin Yong ni Bami order sebab nak makan yang lembut². Petang tu baru pasang braces gigi. Udang tu ibu terpaksa makan sebab yang lain tak berminat makan udang walau ibu tolong kupaskan.

Spaghetti Carbonara pilihan birthday girl.

Kak Widad nak try Creamy Penne Pesto Chicken. Dia kata lainkali order Aglio Olio. Tak kena dengan tekak lah tu menu yang diorder. Dia kan fan Aglio Olio.

Nasi Ulam Ayam Bakar ibu punya. Tengahari tak makan nasi itu yang lapar. Sedap nasi ulam beserta accessoriesnya.

Ayah order Chicken Chop tapi tak ada lah pulak gambar.
 


Selamat hari lahir Wafi.
Semoga sihat² selalu dan sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah.

Ibu kena post cepat² entry ni sebab nanti Wafi call tanya kenapa tak ucap birthday kat dia😊

1 comment:

  1. Happy birthday Wafi.. semoga terus cemerlang dalam pelajaran..aamin

    ReplyDelete