Pages

Sunday, August 9, 2026

Meghadiri Jemputan Kahwin Anakanda Adlan & Suraini

Tengahari semalam ibu ayah menyantuni jemputan majlis perkahwinan anakanda uncle Adlan dan aunty Suriani. Dua² unimate ibu ayah. Majlis di Dewan Komuniti Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Uncle Adlan ni kawan SAS ayah juga. Ramai juga kawan² yang hadir.

Bila tetamu sudah berkurang, dapatlah kami gang² UUM bergambar bersama pasangan pengantin dan ibu bapa pengantin.

Bersama aunty Wani.

Antara yang sempat kita jumpa.
Ramai juga yang dah balik masa kami sampai... ada yang hai² bye² je kat tempat parking.

Zoom pasangan pengantin atas pelamin.

Semoga rumah tangga Al-Amin & Izaty sentiasa dilimpahi mawaddah, sakinah dan rahmah.

Otw balik dari kenduri lapar semula 😅 padahal baru jam 3.30 pm
Sebelum sampai rumah singgah gerai² tepi jalan kat Alam Budiman.

Nampak vadai panas²... terus beli 3 biji RM2.
Sedap betul, lembut vadai tu. Dapat pulak air kelapa sejuk. Karipap sardin panas², peniaga buat dan goreng kat situ juga. 

Ibu minta ayah beli lagi vadai, habis 5 biji ibu makan sebelum sampai rumah.

Selain tu beli juga laksa, ayam gunting dan chicken tender. Ayam² tu untuk Bami dan Kawi.

2 comments:

  1. Selamat pengantin baru Al-Amin & Izaty! Seronoknya reuni alumni UUM di majlis perkahwinan TTDI. Moga kekal hingga ke jannah!

    ReplyDelete