Pages

Friday, August 7, 2026

Makan Malam Di Hock Kee Kopitiam

Cerita hari Ahad. 
Seharian di rumah lemau betul walau pagi ibu dan Kak Widad keluar briskwalk. Petang ibu kumpulkan daun kelapa kering dan bakar. Lepastu macam tak ada apa nak buat. Tak larat nengok Netflix. Bila ayah cakap lakinkali nak ajak minum, teruslah ibu ajak keluar lepas Maghrib. 

Pilih antara Kolumpo Kopitiam atau Hock Kee Kopitiam. Ibu ajak ke Hock Kee sebab menu banyak.

Order sikit² je... kongsi, sebab malam semua tak makan banyak.

Hor Ka Sai (kopi + milo) & Teh C.

Campuran kopi & milo tak membuatkan ibu tak boleh tidur malam. Setakat ni lulus.

Sunshine Egg Tart

Ni Kak Widad suka sangat... katanya kalau ada Wafi dan Bami mesti diorang suka. Tiga² beradik memang kalah dengan egg tart, pantang jumpa mesti nak beli.

Kaya Butter Toast

Sedap bila butter tebal dan sejuk dikapit roti panas.

Hock Kee Signature Laksa

Ada kepingan ikan, carikan isi ayam , hirisan fish cake, tauhu lampung dan isi kepah (kalau tak silap).

Rasa macam kari laksa. Ibu pilih mi laksa & koayteow. Lainkali kalau nak makan lagi ambil je mi laksa sebab koayteow ni menyerap kuah. Kuah dah lah sedap, bila nak hirup tinggal sikit.

Harga makanan dan minuman.

Lepas makan baliklah terus sebb esoknya Isnin, minggu bermula monthly closing.
 

No comments:

Post a Comment