Pages

Tuesday, May 13, 2025

Jalan-jalan Ipoh - Part 2

Jalan-jalan pula dalam radius masa ibu ayah belajar di Ipoh dulu.

Kompleks Yik Foong dulu ni mall yang agak exclusive.
Yang biasa-biasa tu macam Super Kinta tempat ibu outing.
Paling kerap ke Pasar Malam Taman Cempaka.
Berjalan kaki je dari sekolah... masa tu kena lalu SM Izzudin Shah dan STAR Ipoh.

Jalan-jalan Ipoh - Part 1

Plan ke Ipoh dibuat sebelum balik Klang. Ibu usulkan pada ayah singgah Ipoh dahulu memandangkan Isnin ayah cuti. Kalau esoknya kerja memang ayah tak akan setuju sebab nak rest je bila sampai rumah.

Bila berdua je senanglah buat keputusan😅

Takdelah dengar ayat²...

Nak kena keluar ke?
Boleh tak... tak payah ikut...
Panas tak tempat tu?
Ramai tak orang?

Sampai Ipoh sebelum jam 10.30 am. Breakfast dulu kemudian baru jalan² di sekitar Ipoh.

1st pit Concubine Lane. 
Bila guna google map kena cari Lorong Panglima.
Rezeki pagi tu dapat parking betul-betul di hadapan Kedai Wawasan Cendol. Jadi takdelah jauh nak menapak ke tempat yang kami nak pergi tu.

Walaupun belum jam 11.30 am tapi orang sudah ramai.

Snap few pictures je sebab rasa tak selesa nak berlama-lama. 

Confuse... yang mana satu?

Sabtu lepas balik Kulim hantar Kak Widad ke rumah makngah. Insyaallah sebulan Kakwi tolong tengok tokwan selepas operate mata. Kelas online masih berjalan seperti biasa.

Bolehlah singgah visit Wafi sekejap.

Seperti biasa ambil order, senang beli kat kedai area rumah. Kat SP takde lah melilau mencari.

Tulis order lepas tu krik... krik... apabenda yang ditulis 😬😬

Monday, May 12, 2025

Selamat Semuanya...

Selamat Hari Ibu...
Selamat Hari Jururawat... 
Selamat Berhujung Minggu...

Turut berduka untuk mak gajah yang kehilangan anak semalam.
Bila teringat video mak gajah tidak berganjak langsung selama beberapa jam di pintu trak, adehhhh pasti mengalir air mata.
Sedih.
Pilu.

Kasihnya seorang ibu terhadap anak yang dikandungnya.

*************************

Sunday, May 11, 2025

Visit Wafi Sekejap

Semalam gerak dari Tapah ke SP around jam 7.30 am.

Jangkaan sampai jam 11 am jadi sempatlah ibu singgah tapau makanan Wafi. Plannya 3 tempat kena pergi, Wakaka, Tealive dan Bask Bear. Nak kena susun cafe mana nak kena pergi dulu.

Ibu order dulu Food Panda, Bask Bear  tapi pickup je antara jam 11.45-12.00 noon. Takdelah nanti tunggu lama kalau walk in.
Disebabkan jalan jammed sampai SP jam 12 tengahari. terpaksalah tukar plan.... masuk Amanjaya mall cari Wakaka,Tealive, Empire Sushi, Subway dan MrDiy. Beli siap² nasi ayam kat foodcourt. Setelkan semua kat situ baru drive semula ke sekolah.

OTW tu nak ambil order di Bask Bear. Ingatkan BB kat area sekolah. Bila check rupanya area Amanjaya Mall. Adehhhh... kena patah balik abt 9 mins. Lewat sejam hinggakan cafe call tanya samada ibu cancel order😆. Mujur toast yang dibeli boleh panaskan masuk oven.

Jam 1.20 petang baru lah dapat jumpa omeyyy kesayangan.

Thursday, May 8, 2025

Menang Sedondon Raya 2025 Majalah Pa&Ma

Ibu simpan sini cerita menang contest Sedondon Raya yang dianjurkan oleh majalah Pa&Ma. Sekarang online je sebab tak jumpa pun majalah ni kat pasaran.

Hari Rabu 30/4/2025 terima mesej dari Puan Emy. Hari yang sama juga kena reply. Dahlah ibu kelam kabut sket pagi tu nak ke bank urusan company. Half day pula. Bos plak minta arrange farewell lunch untuk AFM. 

Jemputan untuk 2 orang je, jadi ibu ajak ayah pergi.

Dah lupa sebenarnya contest tu. Hantar pun sekadar suka-suka sebab ada gambar raya family tahun ni ambil di studio. 

Sunday, May 4, 2025

Dua Jemputan Kahwin Di Valley

Lepas raya bersambung pula jemputan kahwin. Hari ni kita cuba penuhi sebaiknya.

Majlis pertama ex-officemate ibu, Dewi Aviva di The Valley, Meru. Pengantin sampai jam 12.30 pm tapi tak dapatlah ibu ayah tunggu. Ada majlis lain di Cheras.

Ibu hantar gambar padanya pengganti diri tanda hadir😁