Pages

Saturday, September 5, 2026

Habis Dah Cuti Wafi

Cuti hari ke-9 sempena Cuti Persekolahan Penggal 2. Pagi ni Wafi naik ETS jam 10.22 am.

Rasa cepat je masa berlalu. Ibu pun tak banyak luang masa kat rumah, minggu ni sibuk dengan closing dan ERP training. Balik rumah pun lewat. Nak ambil 1/2 day tak approve, bos soh ambil time off je uruskan ganti kad bank Wafi. Hurmmm....

Ibu temankan Wafi sampai gate.

Sempatlah bergaduh dengan kakak. Mana dia tak marah, kakak soh cium banyak kali. Ye lahhh.. lepas ni kakak takde tempat nak gaduh dah.

Malam tadi dah pesan nak beli aiskrim McD. Sebelum masuk DASH singgah McD Puncak Alam dulu. 

Cumanya tak tau kenapa aiskrim Oreo Mcflurry macam pelik rasanya tak seperti selalu. 

 
Ibu bekalkan Wafi ayam masak kicap+kentang+carrot  dan cendawan goreng. Cekodok bawang untuk sarapan dan makan dalam tren.

Adik² sepupu juga balik asrama pagi ni.

Nana balik Tumpat.

Alya pula balik Pasir Putih.

Semoga Allah permudahkan perjalanan anak² demi jihad ilmu🄰


No comments:

Post a Comment