Kita ni bukan tau sangat pasal kereta.
Bila nak pilih tayar masalah pulak.. mana satu yang baik.. mana satu yang sesuai dengan pemanduan.. mana satu yang mesra poket.
Sepanjang ibu bawa kereta (atau kereta-kereta sebelum) ini ada beberapa jenis tayar yang ibu pakai. Bridgestone, Silverstone, Sime Tyre, Dunlop, Goodyear dan Viking. Ni antara harga tayar yang ekonomi kecuali Bridgestone tu mahal sikit.
Jenama Michelin dan Continental mampu tengok je.
Kedai ada beritahu mahu jenama Grenlandar atau tidak, China made harga RM150 sebiji. Ibu tanya selain dari itu. Jenama Kumho dari Korea. Yang ini RM190 sebiji. Owner kedai bagitau sekarang banyak brand China masuk. Bila ibu tanya jenama tayar-tayar yang ibu pernah guna, katanya kilang tutup atau dah tak ada production. Ada jenama Continental harga sebiji RM260 tapi itu kena order dulu.
Jadi, ibu pilih Kumho. Sekurang-kurangnya harganya masih dalam lingkungan bajet yang boleh diterima.
Bila China mula menguasai pasaran
Sebenarnya, apabila pemilik kedai bercerita tentang lambakan jenama tayar dari China, ibu terus terfikir tentang situasi di tempat kerja sendiri.
Syarikat ibu juga terlibat dalam industri automotif. Vendor dan pembekal yang membekalkan komponen kepada kereta-kereta yang dipasang di Malaysia perlu sentiasa kompetitif dari segi harga dan kos pengeluaran.
Apabila dasar kerajaan dan arah pasaran berubah, syarikat pun perlu menyesuaikan diri. Kalau sebelum ini Jepun menjadi antara pembekal utama, sekarang tidak mustahil syarikat perlu mencari pembekal baharu dari China.
Dunia perniagaan memang begitu. Mahu tidak mahu, kena ikut perubahan pasaran. Kalau tidak, susahlah hendak bersaing.
Nampak dah botak tayar yang atas tu.
Yang bawah tu ibu nampak elok lagi bunganya tapi orang kedai bagitu bahagian tepi luar ada merekah.
hurmmmm...
Kereta yang ibu guna, ibu sendiri akan bawa servis.
Begitu juga ayah atau Kak Widad. Masing-masing jaga kereta sendiri.
Masing-masing kena alert bila perlu bawa service centre.
Kecuali kereta ibu kalau ibu tak sempat bawa ke SC ibu minta ayah atau Bami pergi.
Harga 4 biji tayar, RM760 termasuk alignment dan balancing.
Simpan sini untuk rujukan akan datang.




No comments:
Post a Comment