Balik dari Muzium Negeri tu kami singgah hotel sekejap sebab nak park kereta di situ.
Sebelum tu jumpa auntie jaja n family di lobi. Diorang baru habis mandi2 di pool hotel.
Lepas tu jalan sikit ke jeti.
Ala2 teksi dalam air gitu.
Dayung tu untuk kemudi tapi ekceli bot ni pakai engine. Bila nak on kan bot ada suis yang ditarik guna tali.
Unik.
Dekat je.. tak sampai 5 minit pun.
Tambang 50 sen seorang sahaja.
Tapi ayah bagi lebih.
Jeti nun di sana.
Berlatar belakangkan hotel.. Hotel Margherita antara 2 bangunan tinggi tu.
Jalan kaki sket je perkampungan Melayu.
Di situlah kedai Mira Kek Lapis.
Ada juga kedai Kek Lapis Dayang Salehah tapi kami tak ke sana.
Boronglah kek lapis dalam 10 batang, RM100 percuma sebatang.
Jalan ke depan sket beli ikan terubuk masin.
Depan Mira pun ada tapi sebab dah tak banyak pilihan cari je kedai yang lain.
Ada air yang best depan jeti tu... teh tarik ais pun sedap!
No comments:
Post a Comment