Pages

Thursday, March 7, 2019

Membuat penama KWSP di cawangan Kuala Selangor

Selepas selesai program di sekolah Kawi, memang dah merancang untuk ke Kumpulan.Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Cadangnya hendak ke cawangan Klang atau Shah Alam. Masalah kalau ke Klang akan banyak kenderaan dan jem sana sini. Jika ke Shah Alam pula mesti ada masalah parking sebB pernah ke sana tahun lepas, 3 kali pusing tak dapat parking.. ayah dah give up dan dah tengahari.. panas pula 😆

Google pula ke cawangan Kuala Selangor.. ehh.. jarak lebih kurang dan yang pasti perjalanan mesti smooth.

Yayyy... betul telahan kami.. dalam 10 lebih dah sanpai.. parking heaven... depan EPF tu je😘😘😘

 Tunggu giliran.

Cara2 isi penama
1. Jika dah ada EPF-i, buat dulu. Pegawai akan bantu.

2. Isi borang penama dalam sistem.

3. Pastikan siapa orang yang kita nak letak nama dan %. Sebelum itu, pastikan ada nombor kad pengenalan penama.

4. Dinasihatkan penama itu berumur 18 tahun ke atas. Dia yang akan menguruskan pembahagian untuk orang yang belum cukup umur. Jika pencarum letak penama di bawah umur dan  pencarum mati maka duit caruman akan diurus oleh Amanahraya sehingga penama itu cukup umur 18 tahun. Ini akan mengambil masa untuk diurus.

5. Setelah penama dipastikan betul, save dan print.

6. Jangan lupa logout😀

7. Ambil nombor dan tunggu panggilan kaunter.

8. Pegawai kaunter akan masukkan data dan akan print out butiran. Oh ya... sebelum tu kad pengenalan juga kena serah.

9. Penama pastikan betul, tandatangan dan cop jari kiri dan kanan.

10. Tunggu borang diproses dan boleh check dalam EPF-i.

 2 orang sahaja di kaunter.
Perkhidmatan yang sangat memuaskan.

Belakang tu kakak2 yang baru masuk. Ada pegawai yang akan beri tunjuk ajar.

Alhamdulillah. Selesai segala urusan dalam masa 30 minit.

KWSP Kuala Selangor wajar diberi pujian 5 bintang.

No comments:

Post a Comment