Pages

Sunday, March 10, 2019

SAHTK Mac 2019

Sempena Hari Wanita Sedunia, tema kali ni pink atau purple.

Kali ibu sorang je join sebab ayah kena hantar Wafi latihan nasyid sementara Kawi nak buat revision, esok ada exam.

Jadi ibu tumpang Cik Ujang je.

 Grup photo pagi ni.. cik elis n gang tak sampai lagi.. bangun lambat😂

Ibu lari dan jalan sorang2.. alhamdulillah.
 Cuaca pagi ni sangat baik.. sedikit nyaman sebab semalam hujan. Kalau bulan lepas.. masyaallah... bahang terasa.

 Mainlah tingting ni.. dapatlah souvenir😁

 Hadiah boleh pilih.. ibu ambik buku nota MBSA.
Kali ni banyak pitstop yang menyediakan hadiah.. orang pun tak ramai.. kita pulun join.. saje suka2.

 Muka sememeh.. walk n run 7km. Dapatlah minum 100+
Nyaman..

 Ni minta sorang adik ni ambikkan gambar sebab nak post di FB dan kena tag #shahalamharitanpakenderaan.
Dapatlah tumbler nak bagi Wafi😘

Selepas tu buat health screening yang dijalankan oleh KPJ Selangor.

Mula2 check BMI, BP dan kemudian glukos dan kolestrol.

Lambatlah sket join piknik Dhuha.

 Ada Farah Deeba (pengacara), Fazlina (penulis buku) dan bonda En. Mohd Shukor (penceramah motivasi)

 Grup foto dengan ahli panel.

Last photo😁😁

 I love you katanya.. awww.. so suweet.

Dapat jawab soalan dan dapat bunga untuk isteri tersayang dengan ucapan yang romantik.. awww

Kali ni awal gerak balik.. 10.15 am
Sampai rumah rehat kejap dan keluar gi beli barang untuk masak lunch. Lepas tu sambung rehat dan tido sampai jam 2 pm😁

Makanan ibu tengahari ni.. try eatclean.. selepas ujian kesihatan yang tidak memberangsangkan.

BMI overweight... so kena kurangkan 1kg untuk dapatkan berat ideal/normal. Target kurangkan at least 5kg😢😢 #prayforme

Tekanan darah BP dan glukos normal.

Kolestrol tinggi😢😢
5.8 sedangkan yang paling baik 0 - 5.2
Yang ni kena ambil langkah serius untuk kurangkan.
Antara satu akibat boleh menyebabkan saluran jantung blockage huhu...
Ai is takut...
Ok... chaiyokkkkk... mari cuba amalkan pemakanan yang sihat dan senaman berkala (yg ni macam krik krik.
Insyaallah.
🚶‍♀️🏃‍♀️💃



No comments:

Post a Comment