Pages

Saturday, December 21, 2019

3D 2N Shohari Clan Trip, Kampar Perak 2019 - Day 3

Seawal jam 8 am kanak-kanak dah bersiap2 mandi di kolam. Pagi ni sajian breakfast beehoon goreng by ibu... 2 periuk noxxa masak. Setiap satu 2 bungkus. Versi pedas dan kurang pedas. Cik Elis buat telur hancur sebab nak habiskan telur.
Seperti biasa teh-o dan the susu 2 jug besar untuk cater 43 orang.
 
Jam 11.30 ready untuk check-out walau plan asal jam 10 am. Since the kids nak mandi pool dulu. Layankan je lah diorang.
Ready untuk ke destinasi seterusnya.
 
Style pejam mata hahahha... ni di beranda. Belakang tu pool. Ibu tak sempat pergi pun.

Depan homestay.. rumah 1 tingkat 2 dan rumah 2 di tingkat 3.
Nenek belum berapa sihat. Masih batuk2. Kena habiskan ubat antibiotic sebab doctor kata ada bunyi sikit. Sejak balik dari umrah, batuk masih ada. Masa ibu tulis blog ni dah banyak kurang. Tidur malam pun dah jarang dengar batuknya.

Grup foto... Cik Hannis, Cik Man dan Cik Nora sekeluarga dan balik malam tadinya sebab komitment kerja manakala Cik Nora, baby Syahmi demam. Susah tidur malam. Better balik lah sebab ni 1st time baby keluar jauh.

Keluar dari homestay, bergambar dulu di Bandar Agacia, Kampar. Tarikan di situ.
Takde orang pun masa kami sampai. Ada bangunan yang dah agak using dan cat pun sudah pudar.

Ini di belakang hotel Elyss.

Pintu pondok telefon ni pun dah tanggal. Vandalism di mana2.

Ini di belakang bangunan yang colourful.

Celah2 bangunan pun boleh.. cuaca mendung macam nak hujan.

Selepas itu ke Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta.
Tiket masuk :-
Dewasa - RM5
Kanak-kanak - RM2

Yang tak bestnya, penerangan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina. Bahasa Melayu sikit sangat dan macam hampir tiada.

Layankan je lah Cik Fatin. Ni salah satu equipment yang digunakan untuk melombong.

Selepas itu terus ke Capati Corner, Chenderiang.
Lunch di sana. 20 minit je dari Kampar.
Ada naan cheese yang sedap.
Selepas itu hantar Kakak Widad ke rumah ummi.
Keluarga kita, Cik Ujang dan Cik Elis.
Sempat lagi driver tidur2 dulu.
End up jam 5.30 pm baru gerak balik ke Klang.
Sampai rumah jam 9 pm dan sempat takeaway McD untuk dinner.

Thanks to The Trails of Kampar.
Penginapan yang sangat selesa.
Highly recommended.

Percutian yang menyeronokkan dan looking forward for another vacation.




No comments:

Post a Comment