Pages

Thursday, December 5, 2019

Permohonan baru passport anak bawah 18 tahun

Hari ni selepas hantar abang Imi, terus ke UTC Shah Alam. Eloklah waktu sampai dalam 2.15 pm macam tu. Kali ni nak buat passport Kakak Widad.
Bila dah sampai, kaunter cakap dokumen tak lengkap sebab Kawi bawah 18 tahun. Jadi kena ada sijil lahir dan salinan.

Ok.. since hari ni ibu cuti, kena utilise jugalah cuti yang ada. Gigih balik rumah ambik dokumen. Singgah pula kedai fotostat buat salinan.

Jam 4.30 pm sampai di UTC semula. Sekali staff kaunter kata perlu ic ibu dan salinan.. ok.. luckily depan tu ada kedai fotostat. Mereka caj 50 sen😬

Ringkasnya, untuk membuat permohonan baru passport bagi anak bawah 18 tahun walaupun dah ada ic adalah seperti di bawah.

1. Original i/c anak
2. Salinan i/c anak
3. Original sijil lahir anak
4. Salinan sijil lahir anak
5. Original i/c ibu atau bapa (sapa yang bawa)
6. Salinan i/c ibu atau bapa (sapa yang bawa)

Bagi memohon passport baru anak bawah 18 tahun, ada beberapa syarat. yang berbeza antaranya untuk anak yang kematian ibu bapa, ibu bapa yang bercerai, ibu bapa bukan warga Malaysia dan anak bawah 18 tahun dan telah berkahwin.
Sila lah rujuk dahulu di website Immigresen.

Sampai di Immigresen, isi borang pink dan bawa semua dokumen ke kaunter no. 1. Pegawai akan semak semua dokumen. Kalau dah ok baru bagi nombor.

Tunggulah sehingga nombor dipanggil.

4.40 pm check dokumen di kaunter 1 dan akan diberi nombor
5.10 pm gi kaunter 7.. masa ni lah ambil gambar
5.45 pm buat bayaran di kaunter 10, pegawai akan pulangkan i/c dan sijil lahir. Juga resit bayaran. Beliau kata jam 6.30 pm boleh ambil passport.

Sementara menunggu, kami solat dulu. Surau yang sangat selesa. Sama level dengan Immigresen. Sebelah je dengan TH Travel & Services.

6.30 pm letak resit dalam tray di kaunter 8 & 9. Kebetulan dah siap jadi tak perlu tunggu nombor lagi. Untuk collection, pemilik passport perlu datang sendiri ambil sebab tanda tangan atau cop jari diperlukan.

 Setelah 2 jam, ini lah hasilnya😁
Masa kami nak balik tu, immigresen makin lapang.


Sebelum balik, dinner dulu di foodcourt UTC. Kegemarannya, nasi goreng kampung. Kawi makan maggi goreng manakala ibu makan mi hailam.

Selepas makan, kami solat maghrib dulu di surau level 1 sebaris dengan foodcourt. Surau kecil sikit berbanding di level 2. Disebabkan tidak mahu naik atas, maka kami solat di situ sahaja.

Balik tadi jalan jem menghala ke Klang jadi kami pusing jauh sikit, ikut NKVE menghala ke Setia Alam. Fuhhh... hampir jam 9 baru sampai.. Bami yang balik ke Muadzam pun jam 6.30 dah sampai.

Selit sikit gambar masa hantar Bami.

 Ibu jadi driver hari ni.

 2 minggu lagi Bami balik cuti seminggu. Semester 4 ni short sem katanya, jadi dah cuti.

Our handsome boy😍😍😍

No comments:

Post a Comment