Pages

Friday, December 20, 2019

3D 2N Shohari Clan Trip, Kampar Perak 2019 - Day 2

Seawal 6.30 am dah bangun.. siap2 buat breakfast.
Cik Elis buat kuay teow dan nasi goreng. Buat banyak2 sebab nak bawak berkelah.
Masak pun guna noxxa je... ada dapur gas tapi takde gas.. yang ada induction cooker tapi periuk kecil. Noxxa ada 3 tapi 2 wayar je bawak. Bila nak balik baru perasan tuan homestay ada wayar extra. Tak mengapalah... semua masakan pun berjaya dimasak.
Ibu sediakan the-o dan the susu.
By 8 pagi semua dah siap.. makan siap2 sementara tunggu rumah no 2 datang makan je.
 
Bergambar beramai2 dalam homestay. Luas rumah ni.. ada 3 bilik dan 2 bilik air. Gegirl tidur dalam dan boboboi tidur luar.
Belakang almari tu ada washing machine dan dryer.

Sebelum xtvt sukaneka.
Kali ni t-shirt kuning diraja.. sempena warna bendera perak.. ehh tak lah. Kebetulan je pun. Sengaja pilih warna terang supaya dalam gambar nampak menyerlah.

Sekali lagi. Kiri kanan ada rumah. Kami main kat tengah2 jalan tapi takde lah banyak kereta lalu lalang masuk ke kawasan parking mereka.
Kalau boleh bayangkan belakang tu laut... ahh seronoknya. Kawasan ni dikelilingi pokok pain jadi sejuk je rasa tambahan cuaca pun redup dan kadang kala hujan renyai2.

Warm up dulu pagi2.
Masa mereka mulakan sukaneka, ibu dan ayah bawa nenek ke klinik sebab nenek batuk2 dan demam.
Jadi tak merasa lah main.

Lepas hantar nenek, kena bawak Cik Nora pula bawak Syahmi jumpa doktor. Kat sana tak boleh beli ubat macam tu je, kena bawa baby juga. Farmasi pula tutup hari ahad. Patient pula dah ramai. Masa kami datang mula2 sorang je patient.

Sementara tunggu tunggu doktor panggil, bawa Nazirah ambil gambar di Muzium Perlombongan Bijih Timah Kinta yang sepatutnya pergi pada hari esoknya. Muzium ni kat tengah pecan dan betul2 depan Klinik Menglembu.

Lepas habis game, kami menuju ke Sungai Jahang untuk makan durian dan berkelah.

Sampai2 bentang tikar dan makan dulu. Mereka makan nasi goreng dan kuay teow yang dibawa dari homestay. Juga kerepek pisang fresh nenek goreng.
Tak lama hujan pulak turun.. kami berteduh di tepi2 homestay. Hujan on & off.

Air sungai dan kawasan bersih. Sungai tu mereka buat water rafting. Dengarnya seorang RM180 gitu.

Budak2 suka lah sangat mandi.
Sementara tunggu durian yang lewat datang, sempatlah ibu dan ayah makan laksa dan mi rebus di gerai depan pintu masuk. Sedap eh.
 

Sampai 80 kg Cik Zie order durian kampung dari kawan study dulu. Durian kampung memang terbaik. Adeh terasa kesedapan dan freshnya.
 
Kami gerak balik dalam jam 5.30 pm gitu.
 
Balik sempatlah budak2 ni mandi kolam lagi.
Ibu2 masak untuk dinner. Ayam panggang noxxa ala Kenny makan dengan salad resepi ummi. Ada juga nasi putih dan sambal sardine yang dah kami masak siap2 pagi.
 
Lepas tu ada aktiviti tukar2 hadiah dan pemberian hadiah hari jadi yang lahir bulan 8 hingga 12.
 

Ibu dapat hadiah dari Cik Baya dan ibu punya diberi kepada Cik Nora.

Semua berkumpul.. pakai baju trip tahun lepas.. nak Nampak meriah.. ada juga yang tak jumpa baju hahahhah..

Nyanyi lagu birthday tapi takde kek sebab tak beli pun dan tak larat nak makan kek malam2 hehehee.. Sampai ke dapur duduk.

Antara hadiah harijadi yang kakak Widad dapat.
 
Lepas tu aktiviti indoor game lah pulak.. ada dam ular yang CikBiela buat sendiri dan kayuh motor kot nama game tu... tepuk tepung.
 
Jam 10.30 masing2 balik ke rumah sendiri.. dah sunyi rumah no 1 sebab takde budak kecik. Sempat kemas dan cuci2 baju. Boleh sambung tengok Gegar Vaganza semi final.

No comments:

Post a Comment