Alhamdulillah.. hari ini umat islam mula berpuasa pada 1 Ramadhan.
Puasa kali ini sangat istimewa sebab kita masih dalam fasa Perintah Kawalan Pergeralan.
Malam tadi ada perutusan khas dan PM umumkan yang PKP akan dilanjutkan selama 2 minggu lagi kepada 12 Mei 2020. Ini adalah PKP Fasa 4. Segala peraturan PKP masih diteruskan cuma ada beberapa industri akan diberi kelonggaran untuk beroperasi demi menjana ekonomi negara.
Masih menunggu lapur tugas. Jika PKP sehingga 12 Mei 2020 kemudian Hari Raya Puasa pada 24 Mei 2020, maka ada beberapa hari je hari bekerja sebelum cuti lagi. Harap syarikat akan ada perancangan yang lebih baik.
Sempena bulan puasa tahun ini, bazar Ramadhan tidak dibuka. Peniaga hanya boleh berniaga secara dalam talian iaitu menggunakan pesanan dan penghantaran.
Dalam perutusan itu juga, PM menggalakkan surirumah memasak juadah keluarga. Jika kurang menjadi bolehlah post di FB Masak Apa Tak Jadi Hari Ini.. haha.. ini lawak. Cute lah abah niš¤£
Perhimpunan keagamaan juga tidak dibenarkan. Maka masjid dan surau tidak akan ada solat terawih berjemaah. Ahli keluarga hanya boleh solat di rumah. Tidak mengapalah sebab masa ni lah kita boleh train imam2 baruš dan boleh bersolat jemaah.
Walai kita berada dalam pendamik Covid19 tapi ada hikmahnya... kita lebih rapat dengan keluarga dan dapat bersama-sama.
Salam Ramadhan.
Selamat berpuasa.
❤❤
No comments:
Post a Comment