Kuih ni banyak nama.. ada yang sebut kuih masalodeh ada yang sebut vadei.
Tapi vadei ada pulak bentuk lain yang lubang tengah2 dan dari kacang yang berbeza.
Kuih ni dari kecik memang favourite.. kalau nenek buat mesti cakap letak bawang banyak-banyak.
Lepas tu nenek cakap nanti susah nak bentuk.. bawang terkeluar.
Haaaa... yang tu lah yang sedap.
Resepi ni memang keeper... zaman2 kecik2 nenek dah ajar... sampai sekarang guna resepi ni je.
Resepi kuih masalodeh
Bahan-bahan
1. Kacang dhal (katanya yang dari Australia lagi sedap)
2. Udang kering (lagi banyak lebih sedap, rendam dan tumbuk/kisar)
3. Bawang merah besar (hiris nipis)
4. Cili kering (gunting nipis)
5. Jintan manis
6. Daun kari
7. Garam
Cara-cara
1. Rendamkan kacang sekurang-kurangnya 2 jam.
2. Blend dan toskan.
3. Masukkan dhal yang ditapis dalam mendapan dari air tosan.
4. Campurkan bahan-bahan yang lain dan garam tu secukup rasa. Kena ada rasa masin kalau tak kurang lemak.
5. Masukkan dalam senduk kecil sebagai acuan dan goreng.
6. Balikkan jika warna dah kekuningan/nampak garing di sebelah untuk elak pecah.
7. Api sedang je untuk bagi elok masak bahagian dalam dan garing di luar.
Bahan-bahan yang simple.. baru perasan kacang dhal tak tunjuk.
Toskan macam ni.
Ni air yang keluar selepas ditos.
Ni lah mendapan setelah dibuang air.. ia bertindak sebagai gam.. kalau takde ni adunan agak berderai.
Campurkan semua bahan dalam mendapan.
Gaul dan rasa dulu...
Masuk acuan begini.... tepek sikit2 je.. jangan kuat-kuat sangat.. nanti susah nak keluar bila masuk dalam minyak.
No comments:
Post a Comment