Seingat ibu, sepanjang 21 tahun kahwin, ini kali pertama beraya Aidil Adha di Kulim.
Bertolak malam tadi dari Klang dan seperti biasa transit di Tapah.
Banyak ikut jalan lama since waze suggest... hiway memang tak boleh didangkal.. banyak kawasan sesak.
Seawal jam 7.30 am gerak ke Kulim.
Guna juga jalan lama... saje nak kelainan view walau waze suggest guna highway.. mungkin masih awal jalan lancar.
Mula2 singgah Restoren Capati kat Chenderiang sebab teringin naan cheese.. tapi yang beratur agak ramai. Terpaksa cancel.
Otw baru decide untuk singgah beberapa tempat... sambil menyelam minum air. Balik pun takde rushing sangat.
1st stop : Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh
Disebabkan PKP, kanak2 tidak dibenarkan menaiki bot jadi kita cancel untuk melihat kawasan sekitar tasik. Kesian pulak Wafi. Tasik sangat tenang.. dalam tu ada ikan air tawar.
Ambik picture je lah.
Wafi bergambar ada style.
2nd stop : Galeri Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar
Tapi sayang sebab galeri ni ditutup untuk orang ramai sebab masih dalam renovation.
3rd stop : Muzium Di Raja Perak, Kuala Kangsar
Nak ke sini boleh gaduh laki biniš¬ sebab waze dan google bawa ke stesen bas dan pasaraya.
2 kali ke sini.. apa2 lah waze dan google.
So cari yang English version.
Dulu istana sementara Sultan bersemayam sebelum siapnya Istana Iskandariah.
Juga dikenali sebagai Istana Kuning oleh penduduk tempatan. Binaan ini sangat cantik.. bahagian bawah sejuk tanpa kipas mungkin disebabkan penggunaan lantai marmar.
Tanpa penggunaan paku.
4th stop : Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.
Istana ni di atas bukit tengah2 Bukit Chandan. Ambik gambar kat situ je lah, mana boleh masukš¤
5th stop : Masjid Diraja Ubudiah, Kuala Kangsar
Juga terletak.di Bukit Chandan.
Ambik gambar kat luar je... tak pasti boleh masuk ke tak sebab PKP ni banyak masiid dan surau terhad penggunaannya.
Sementelah lagi belum masuk waktu.
6th stop : Taman Tasik.Taiping.
Ambil gambar dari dalam kereta je.
Ambiance sangat kan view kat sini. Pokok2 ni dah beratus-ratus tahun. Taiping ni tempat yang mempunyai taburan hujan yang paling tinggi di Malaysia.
Jadi kawasan ni agak lembab dan sejuk compared to other places.
Best ni kalau dapat jog petang2.
One for the album
Ibu pun nak menyelit juga.
7th stop : Hotel Seri Malaysia, Taiping
Sebab nak beli pisang cheese. Nampak kat banner.
Yang ni tambah oreo.
1 set RM8/6 pcs.
Lepas tu baru nak cari lunch.
Sampai Doli Kuay Teow ada orang beratur di luar.. cancel.
Cari tempat lain. Ada penduduk tempatan suggest makan di depan mall.
8th stop : Gerai Penjaja
Nampak meriah sebab meja kecik.. rasa sesuai untuk 2-3 orang. PKP kan... banyak meja bertanda "X".
Kita akur PKP kanš„°
Dalam ni banyak gerai2 yang menjual pelbagai makanan.
Tempat memang happening.
Masa ni dah hampir jam 3 pm.
Lepas makan gerak balik.. jam 3.30 pm
Sampai Kulim jam 6 pm.
Fuhhh... 10 jam
But worth lah kan.. dapat jalan2 summore hehehe..
No comments:
Post a Comment