Pages

Sunday, September 27, 2020

Baklava

Semalam masa berjalan-jalan di Mahnaz Food nampak mereka jual baklava iaitu sejenis manisan dari negara Turki.

Dah lama teringin tapi asyik tangguh je sebab memikirkan malas nak makan manis-manis. Kali ni bila nampak nak kena try jugalah. Sepotong RM2

Beli 5 pcs je... ambil isi kacang pistachio, almond dan mixed nut. 

Makan baklava ni sambil tunggu makanan siap di Little Nyonya. Since ianya adalah manisan.. what do you expect🤭🤭

Memang manis lah kan... 
Meleting2

Saturday, September 19, 2020

4D 3N Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah - Day 4

Lepas breakfast dalam jam 9.30 am kami terus check out dan bertolak ke Mari Mari Cultural Village.
Addtional breakfast di Promenade mahal berbanding Dreamtel. RM18 to RM25 untuk setiap set yang dipilih.

Mari Mari Cultural Village

Entrance fee : RM35/pack

Sekarang ada promo. Sempena PKP, tempat ni buka Sabtu dan Ahad sahaja. Buat tempahan awal lebih baik sebab mereka hadkan kemasukan. Boleh pilih sesi 10 am atau 2 pm. Kami book sesi pagi.

Setiap grup akan disediakan seorang guide. 

Sementara tunggu tourist guide dan pembahagian grup, kami ambil pic dulu dengan accessories yang disediakan.

Mari Mari = jom

Cultural village ni menempatkan 5 buah rumah  suku kaum di Sabah iaitu Dusun, Rungus, Lundayeh, Bajau dan Murut.

Setiap rumah ni ada keistimewaan tersendiri dan ada aktiviti di setiap rumah.

Tempat ni sangat cool dengan deruan air sungai.
Nak menaiki jambatan ini pun dihadkan kepada beberapa orang sahaja. Jadi kena queue.

Rumah suku kaum Dusun dan merupakan suku kaum yang terbesar di Sabah. Kadazan berada di bawah suku kaum ini.

Ada demo hidupkan api. Dahulu kala anak perempuan yang tidak pandai menyalakan api tidak boleh berkahwin.

Rumah suku kaum Lundayeh.

Bilik anak perempuan di atas.

Setiap sudut diberi penerangan. Tangkop ni tempat menyimpan padi.

Demo masakan bambo chicken. Tourist boleh rasa dan ia halal.

Demo buat rice wine.

Madu kelulut. Ni dah biasa makan. Ada rasa masam-masam.

Nak juga turun dari sini. Ada juga disediakan tangga untuk kemudahan tourist.

Demo buat tali dan vest dari kulit kayu.

Kami satu grup dengan tourist dari Labuan.

Performance.

Nenek Ina join the grup.

Dancers.

Rumah suku Bajau.
Suku Bajau ni ramai yang berada sebab mereka berdagang dengan orang Arab dll. Rumah ni ada hiasan pelamin.

Rumah suku Murut.
Di sini kami berpeluang buat lompatan untuk mencapai "voucher" di atas sambil mereka menyebut/menyanyi Ara Maiti.

Last with tour guide.

12.30 pm selesai aktiviti di sini.

Lantas kami cari lunch menghala ke jalan KKIA. Cari restoren yang menyajikan masakan authentic  Sabah tak jumpa pula walau ikut waze.

Akhirnya makan di restoren Sri Muslim ke nama dia.

2.30 pm heading ke airport. 4 minit je dah sampai. Setelkan kereta sewa.

Masa check in sedikit kelam kabut sebab ada bag tag orang lain keluar masa print. Bila scan nak masuk baru nampak. Macamana boleh terprint pun tak tau. 

Masuk awal relax2 dulu sambil shopping bag pula. Maklumlah beg ibu dan nenek boleh pulak putus.

Bye.

Till we meet again.

Ok.... next trip please🥰🥰🥰🥰

Oh ya.... sebelum tutup buku...

Collection RM600 × 6 = RM3600
Spent RM3626

Terkurang sikit je sebab budget tak masukkan grab pergi balik KLIA2

Overall well spent.

Cuma beli ole2 dan souvenir je tak bajet hahhaha... shopping tak hengat. Ibu bawak RM2k tapi masih ada baki🤭🤭

 Ehhh.. kata dah wrap😅

Friday, September 18, 2020

4D 3N Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah - Day 3 Part 2

Jalan menghala ke KK agak sesak sebab kami sampai pada waktu tengahari. Rasa penat sangat untuk sampai destinasi seterusnya. Turun jam 9.30 am sampai Monsopiad jam 12.45 pm
Fuhhh... drebar pun macam nak mengamuk tapi since dia yang suggest ke sini teruskan je lah.

Monsopiad Cultural Village

Entrance fee : Dewasa RM20 Kanak2 dan Warga Emas RM10

Monsopiad ni adalah Kadazan warrior 300 tahun dahulu. Beliau telah memenggal 42 orang musuh dan tengkorak2 tu di simpan di House of Skull.

Batu spirit.

Selain dari kura-kura ada banyak anjing menghuni tempat ini.

House of skull ni terletak di depan Cultural village. Sebelah kiri rumah owner yang merupakan ketua kampung.

Tengkorak-tengkorak tu pun dah kurang sebab ada yang telah mereput.

Pasu ni adalah replika keranda. Ukiran berdasarkan kedudukan keluarga mereka.

Harga yang dibayar rasa tidak berbaloi.
Tempat tidak terjaga. Anjing merata-rata.
Banyak aktiviti tidak dijalankan seperti demonstrasi permainan dengan alasan PKP.

Berbanding masa kami sampai dahulu sangat jauh berbeza. Harap pihak pengurusan boleh buat sesuatu untuk menarik balik tourist ke sini.

Lepas tu kami lunch di Centre Point sebab ayah nak rasa hidangan roti canai Kobra.

Muzium Sabah

Entrance fee : Dewasa RM1 Kanak2/Wargaemas free

Dulu kami tak enjoy sangat sebab penghawa dingin tidak berfungsi.

Kali ni sampai jam 4.30 pm
Sempatlah sekali pusing. Baca mana yang sempatlah.

Ambik pic ni sebab sama beg dengan Cik Fatin.

Tulang ikan paus.



Habis lawatan ke muzium kami cari padang rekreasi sebab nak makan buah tarap yang dibeli kelmarin.. semerbak bau satu kereta. Lama2 bau cempedak pulak. Since kami pun tak tau nama taman tepi laut jadi kami gugel jalan ke Yayasan Sabah sebab nampak bangunan tu dari taman. Lupa pula nak ambil gambarberamai-ramai masa berkelah tu.

Ok... dah jumpa taman rekreasi ni.. cool je
Boleh jogging n cycling.

Tak nampak pula orang mandi kat situ.

Sebab tarap lah kami ke taman ni haha...
Jenuh juga nak habiskan, mujur juga yang sebiji tu isi tak banyak. Duduk makan atas rumput je. Sayang tak ambil gambar view di situ.

Inilah nasi+ubi yang dibeli di pasar tamu Kundasang pagi tadi. Daun tu elok je takde koyak ke apa. Kalau makan kosong rasa plain sahaja. Makan dengan bilis+bunga betik goreng. Ini makanan orang nak pegi kebun🤭 Sangat mengenyangkan.

Lepas berkelah kami check in Promenade Hotel.
Tempah melalui Booking.com, RM170 semalam dengan breakfast.
Gambar tiada sebab dah penat sangat. Sempatlah berehat2.

Jam 8.30 pm keluar makan di gerai2 makan area Todak.

Ayah cari ni.. kat sini makanan laut boleh tawar-menawar.
Dapat RM13/kg

Ambil sederhana besar RM85

Yang ni mampu tengok je lah.

Macam-macam. Makan 6 orang RM280
Rasa ok2  je sebab dah makan yang sedap kat Restoran Masakan Sedap.

Sedap jus oren suam nenek tu.

Penuh meja... ikan, sotong, udang, ketam, kerang, lobster dan sayur.

Yang kelakar follow member suggest sayur manis goreng garlic.. bila sampai pucuk manis.. hahahha.. kalau sayur ni kat rumah nenek pun banyak😂😂

Nasi ambil 4 je share jadi takdelah terlalu kenyang. Heran juga.. boleh licin semua hahahha... kalau kaki lobster tu boleh kunyah, memang kami makan nak bagi baloi dengan harganya.

Lepas makan sambung shopping lagi di Pasar Malam Sinsuran.
Topup apa yang perlu selagi duit ada lagi hahahha...



 

4D 3N Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah - Day 3 Part 1

Lepas subuh tak dapat tidur semula sebab nak tengok Kinabalu peak dari resort. Jam 6 am dah turun ke taman.

Yayyyyy.... dapat tengok peak dengan jelas sebab cuaca sangat baik.
Terima kasih Ya Allah.
Hari pertama agak kecewa dengan hujan, hari ke 3 cuaca best.

Pekan Kundasang

Jam 8 am kami check out dan menuju ke Pekan Kundasang untuk breakast. Mostly kedai muslim di situ. Ada juga KFC ya. Kami makan roti canai di kedai mamak.

Lepas breakfast kami masuk ke pasar tamu. Mostly jual sayur-sayuran dan makanan.

Nama tak ingat tapi dalam tu ada nasi+ubi. Beli sekali bilis tumis. Saja nak rasa masakan Sabah.

Lupa pula nak ke Kundasang Memorial War adehhhhh

Selepas tu baru masuk ke kawasan ambil gambar berlatar belakangkan gunung Kinabalu.

Entrance fee : Dewasa RM5 Kanak2 RM3

Kat sini je kawasan lapang yang senang nak ambil gambar. Since kami orang pertama masuk jadi bolehlah ambil gambar puas-puas tanpa kehadiran tourist lain.




Wafi tak berapa happy sebab hp dia full memory so tak dapat nak ambil pic.



Dah happy bila dah delete pictures lama.




Bulatan kobis bulat.. since di Sabah akan diadakan pilihanraya beberapa minggu lagi maka banyaklah bendera parti di sana.

Bulatan kobis daun pula.. yang ni nampak terjaga sikit sebab ada ruang pejalan kaki. Hati-hati yang mengambil gambar di roundabout. Mujur trafik pun tak banyak dan satu yang ibu perasan driver di KK dan Kundasang ni berhemah.. takde lah pula nak honk.

Jam 9.30 am kami meneruskan perjalanan ke KK.

Otw tu sempat singgah tepi jalan untuk ambil picture dekat sikit dengan gunung. Batang besi tu kacau la.. nak turun ke bawah sikit ada plak anjing dan keluarganya. 

Ok.. last picture dengan gunung.

2nd last hahahhha


Alaaaaa.... tak puas laaa😅

Balik purposely ikut jalan ke Tamparuli sebab nak lalu jambatan lagi🤭