Addtional breakfast di Promenade mahal berbanding Dreamtel. RM18 to RM25 untuk setiap set yang dipilih.
Sementara tunggu tourist guide dan pembahagian grup, kami ambil pic dulu dengan accessories yang disediakan.
Mari Mari Cultural Village
Entrance fee : RM35/pack
Sekarang ada promo. Sempena PKP, tempat ni buka Sabtu dan Ahad sahaja. Buat tempahan awal lebih baik sebab mereka hadkan kemasukan. Boleh pilih sesi 10 am atau 2 pm. Kami book sesi pagi.
Setiap grup akan disediakan seorang guide.
Cultural village ni menempatkan 5 buah rumah suku kaum di Sabah iaitu Dusun, Rungus, Lundayeh, Bajau dan Murut.
Setiap rumah ni ada keistimewaan tersendiri dan ada aktiviti di setiap rumah.
Nak menaiki jambatan ini pun dihadkan kepada beberapa orang sahaja. Jadi kena queue.
Ada demo hidupkan api. Dahulu kala anak perempuan yang tidak pandai menyalakan api tidak boleh berkahwin.
Rumah suku kaum Lundayeh.
Bilik anak perempuan di atas.
Suku Bajau ni ramai yang berada sebab mereka berdagang dengan orang Arab dll. Rumah ni ada hiasan pelamin.
Di sini kami berpeluang buat lompatan untuk mencapai "voucher" di atas sambil mereka menyebut/menyanyi Ara Maiti.
12.30 pm selesai aktiviti di sini.
Lantas kami cari lunch menghala ke jalan KKIA. Cari restoren yang menyajikan masakan authentic Sabah tak jumpa pula walau ikut waze.
Akhirnya makan di restoren Sri Muslim ke nama dia.
2.30 pm heading ke airport. 4 minit je dah sampai. Setelkan kereta sewa.
Masa check in sedikit kelam kabut sebab ada bag tag orang lain keluar masa print. Bila scan nak masuk baru nampak. Macamana boleh terprint pun tak tau.
Masuk awal relax2 dulu sambil shopping bag pula. Maklumlah beg ibu dan nenek boleh pulak putus.
Ok.... next trip please🥰🥰🥰🥰
Oh ya.... sebelum tutup buku...
Collection RM600 × 6 = RM3600
Spent RM3626
Terkurang sikit je sebab budget tak masukkan grab pergi balik KLIA2
Overall well spent.
Cuma beli ole2 dan souvenir je tak bajet hahhaha... shopping tak hengat. Ibu bawak RM2k tapi masih ada bakiðŸ¤ðŸ¤
Ehhh.. kata dah wrap😅
No comments:
Post a Comment