16 Sep 2020, Hari Malaysia
Alhamdulillah... setelah menunggu hampir 11 bulan dan dalam kegusaran Covid19 yang melanda Sabah di Lahad Datu dan Tawau, kami jejakkan kaki kali kedua di Kota Kinabalu. Kali ni bawa Wafi, nenek, Cik Fatin dan nenek Ina.
Masa book bulan 11 tahun lepas, return tiket seorang RM400. Bila book untuk batch kedua se minggu sebelum bertolak jump kepada RM700 seorang. Fuhhh.. pejam mata je mereka beli.
12 jam sebelum masuk Sabah dah boleh isi form Health Declaration. Kalau tak isi online, masa dalam flight krew kabin akan beri borang untuk diisi.
Lepas dah isi screenshot nanti tunjuk di airport kepada petugas. Mereka akan arahkan ke lorong yang betul. Ada kaunter petugas KKM.
Airport KLIA 2
Sekarang kena buat self check-in. Kalau pergi kaunter Air Asia akan caj RM20 seorang. Print boarding pass dan bag tag kat mesin.
Boarding pass ibu takleh print pulak.. so pergi kaunter mereka printkan without any extra caj. Bag tag pun mereka print lagi.
Mujur ada cik Fatin. Dia lah tolong setel.
Kalau ada passport boleh guna sebab masa kat KK, Imigresen akan cop. Kalau guna IC, mereka beri satu keping kertas Pas mention tak boleh tinggal lebih dari 90 hari. Pas ni kena simpan baik-baik sebab masa nak balik ke KL nanti, kena serah balik.
Bagi kanak-kanak bawa Mykid je tak perlu bawa surat beranak. 14 tahun lepas masa bawa Bami dan Kawi, kami bawa surat beranak sebab zaman mereka tiada Mykid.
Kali ni since Wafi ada passport, ibu guna je passport tu sebab nak tambah copš
Dua-dua flight pun on time.. takde delay apa. Setakat yang kami naik semua flight ok. Mungkin awal pagi dan sekarang flight schedule tidak seperti sebelum covid19.
Infligt meal.
Since flight kami pagi, 1st batch (nenek, cik fatin dan nenek ina) 6.40 am dan kami 7.20 am bolehlah breakfast dalam flight. RM10.60 termasuk mineral. Hanya prebook je sekarang ni.
Perjalanan 2 jam 30 minit.
Facemask souvenir dari AirAsia. Sekeping RM16.00. Ada corak Malaysia, Indonesia, Thailand dan Filipina. Ibu beli Malaysia dan Indonesia. Dalam pic Indonesia.
Sampai airport KKIA, kami minum2 sementara tunggu Jenggotman dan grab.
Terus ke Jesselton Point untuk island hopping.
Grab MPV RM10.
Jesselton Point
Tiket boleh dibeli di kaunter-kaunter ni. Mereka akan offer pakej masing-masing.
Kami minta Jenggotman belikan. Sepatutnya hopping ke 3 pulau tapi Pulau Sapi tutup pula. Jadi pergi Pulau Manukan dan Pulau Mamutik.
Kami bayar RM300 untuk boat transfer, terminal fee ke pulau (sekali bayar boleh guna ke semua pulau) dan snorkeling equipment.
Musim PKP ni hanya dibenarkan 150 orang je di satu-satu pulau.
Sementara tunggu turn speedboat, bergambar di jeti.
Dalam bot kami ada lagi 2 orang pengunjung + Jenggotman.
Masa kami bertolak ke pulau, nampak mendung. Di pertengahan laut hujan turun agak lebat. Dengan laut bergelora. Dalam bot dihempas2. Sakit bontot hahha.. masa ni istighfar banyak2. Teringat kat Bami dan Widad huhu.. takut bot terhempas je. Perjalanan terasa lama pula.
Pulau Manukan
Masa sampai Pulau Manukan, hujan masih bersisa. Angin sangat kuat. Bendera merah telah dinaikkan. Jadi tak boleh turun dan mandi laut.
Ombak kuat dan kayu-kayu dibawa ke pantai. Memang tak dapat tengok kejernihan air di pulau ni.
1 jam 30 minit di sini, kami lunch makanan dibeli di jeti. Makan sambil diiringi hujan dan angin kuat. Berpindah makan dari bangku bawah pokok ke dalam kedai makan. Staff kedai bagitahu hati-hati takut pokok tumbang. Bila matahari dah naik sikit, ambil2 gambar.
Masa ni tinggal grup kami je di sini.
Gambar berlatar belakangkan pulau Manukan.
Pulau Mamutik
Lepas tu gerak ke Pulau Mamutik. Dekat je dengan Manukan.
Kat sini bendera ungu.
Maksudnya boleh mandi tetapi perlu dipantau oleh lifeguard. Wafi dan ayah je mandi.
Kat sini pantai lagi bersih. Sayang juga sebab tak dapat tengok air yang jernih sebab lepas hujan.
Ibu taknak turun sebab baju dah basah kena hujan masa otw tu. Dengan tuala dan baju salin basah. Agak tak selesa.
Pakaian dipakai kering sket dik kerana angin yang kuat.
Pulau di sini tutup jam 4 pm.
By 3.30 pm tu kami dah tinggalkan pulau Mamutik.
Sangat sayang dua-dua pulau tak dapat buat aktiviti snorkeling. Tidak ada rezeki. Mungkin lain kališ¤
Jesselton Point
Kat luar bangunan harga lagi murah. Boleh tawar lagi.
Sementara tunggu Exora sewa.
Kami dapat harga RM180 sehari.
Jeti
Belakang tu Jesselton Duty Free.
Dreamtel Hotel
Kami check in Dreamtel Hotel dalam jam 4.30 pm.
Book melalui Booking.com, RM120/malam termasuk breakfast.
Ambil 2 bilik.
Bilik sangat selesa dan bersih.
Musim PKP breakfast ala carte boleh pilih dari menu yang ada. Semua sedap. Harga top up hanya RM10 je. Ada pilihan Asian dan Western.
(Pic tak susun since ni content tentang hotelš¤)
Rehat-rehat sebelum keluar dinner jam 8 pm.
Restoren Masakan Sedap
Kami pergi ke Restoran Masakan Sedap hasil recommendation dari atok Azhar.
Ambil pakej ini kecuali topup udang masak butter basah.
Jatuh cinta dengan salted egg crab tu.
Siput ni dalam set. Kena tarik isi dalam tu.
Harga semua dalam RM350.00
Nampak pricey tapi masakan memang tersedap.
Highly recommended.
Since awal lagi, kami google tempat menarik. Nampak Pasar Malam Sinsuran. Rupanya sebelah tu Pasar Philipin.
Ok...setelkan shopping malam tu.
Pasar Malam Sinsuran
Ni di Pasar Malam Sinsuran. Tak beli apa pun di sini.
Beli udang kering, bilis kuih cincin dan keropok Amplang di sebelah Pasar Philipin. Banyak kedai2 dalam tu tapi kami Lot 10 sebab malas nak pusing semua kedai dan kita pun mematuhi SOP. Kedai ni kat bahagian tepi je.
Harga boleh tawar.
Udang kering gemuk dan nampak segar RM80 sekilo.
Lepas tu beli souvenir berupa gelang, rantai, kerongsang dan butang baju melayu mutiara di depan pasar.
Harga lebih murah dibandingkan dengan pasar Philipin. Sepatutnya nak ke Jamilah Jewellery tapi ia tutup jam 6.30 pm.
Fuhhh... selesai hari pertama.
3 kotak barang dagangan duduk dalam boot je.
Tak boleh tambah lagi... karang takde tempat nak duduk.
Kelebihan shopping awal, lepas ni tak perlu fikir tak puas nak shopping. Ini pun diluar schedule.. sepatutnya hari ke 3 tapi memandangkan pasar pun tutup jam 11-12 mlm dan kita ada masa, why not setelkan dulu sopink.
Tak worries hal perbelanjaan sopink sebab dah tepikan siap2 seorang RM600 untuk belanja sepanjan di KK dan Kundasang.
Lagipun ATM melambak hahah.
No comments:
Post a Comment