Pages

Friday, September 18, 2020

4D 3N Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah - Day 3 Part 2

Jalan menghala ke KK agak sesak sebab kami sampai pada waktu tengahari. Rasa penat sangat untuk sampai destinasi seterusnya. Turun jam 9.30 am sampai Monsopiad jam 12.45 pm
Fuhhh... drebar pun macam nak mengamuk tapi since dia yang suggest ke sini teruskan je lah.

Monsopiad Cultural Village

Entrance fee : Dewasa RM20 Kanak2 dan Warga Emas RM10

Monsopiad ni adalah Kadazan warrior 300 tahun dahulu. Beliau telah memenggal 42 orang musuh dan tengkorak2 tu di simpan di House of Skull.

Batu spirit.

Selain dari kura-kura ada banyak anjing menghuni tempat ini.

House of skull ni terletak di depan Cultural village. Sebelah kiri rumah owner yang merupakan ketua kampung.

Tengkorak-tengkorak tu pun dah kurang sebab ada yang telah mereput.

Pasu ni adalah replika keranda. Ukiran berdasarkan kedudukan keluarga mereka.

Harga yang dibayar rasa tidak berbaloi.
Tempat tidak terjaga. Anjing merata-rata.
Banyak aktiviti tidak dijalankan seperti demonstrasi permainan dengan alasan PKP.

Berbanding masa kami sampai dahulu sangat jauh berbeza. Harap pihak pengurusan boleh buat sesuatu untuk menarik balik tourist ke sini.

Lepas tu kami lunch di Centre Point sebab ayah nak rasa hidangan roti canai Kobra.

Muzium Sabah

Entrance fee : Dewasa RM1 Kanak2/Wargaemas free

Dulu kami tak enjoy sangat sebab penghawa dingin tidak berfungsi.

Kali ni sampai jam 4.30 pm
Sempatlah sekali pusing. Baca mana yang sempatlah.

Ambik pic ni sebab sama beg dengan Cik Fatin.

Tulang ikan paus.



Habis lawatan ke muzium kami cari padang rekreasi sebab nak makan buah tarap yang dibeli kelmarin.. semerbak bau satu kereta. Lama2 bau cempedak pulak. Since kami pun tak tau nama taman tepi laut jadi kami gugel jalan ke Yayasan Sabah sebab nampak bangunan tu dari taman. Lupa pula nak ambil gambarberamai-ramai masa berkelah tu.

Ok... dah jumpa taman rekreasi ni.. cool je
Boleh jogging n cycling.

Tak nampak pula orang mandi kat situ.

Sebab tarap lah kami ke taman ni haha...
Jenuh juga nak habiskan, mujur juga yang sebiji tu isi tak banyak. Duduk makan atas rumput je. Sayang tak ambil gambar view di situ.

Inilah nasi+ubi yang dibeli di pasar tamu Kundasang pagi tadi. Daun tu elok je takde koyak ke apa. Kalau makan kosong rasa plain sahaja. Makan dengan bilis+bunga betik goreng. Ini makanan orang nak pegi kebun🤭 Sangat mengenyangkan.

Lepas berkelah kami check in Promenade Hotel.
Tempah melalui Booking.com, RM170 semalam dengan breakfast.
Gambar tiada sebab dah penat sangat. Sempatlah berehat2.

Jam 8.30 pm keluar makan di gerai2 makan area Todak.

Ayah cari ni.. kat sini makanan laut boleh tawar-menawar.
Dapat RM13/kg

Ambil sederhana besar RM85

Yang ni mampu tengok je lah.

Macam-macam. Makan 6 orang RM280
Rasa ok2  je sebab dah makan yang sedap kat Restoran Masakan Sedap.

Sedap jus oren suam nenek tu.

Penuh meja... ikan, sotong, udang, ketam, kerang, lobster dan sayur.

Yang kelakar follow member suggest sayur manis goreng garlic.. bila sampai pucuk manis.. hahahha.. kalau sayur ni kat rumah nenek pun banyak😂😂

Nasi ambil 4 je share jadi takdelah terlalu kenyang. Heran juga.. boleh licin semua hahahha... kalau kaki lobster tu boleh kunyah, memang kami makan nak bagi baloi dengan harganya.

Lepas makan sambung shopping lagi di Pasar Malam Sinsuran.
Topup apa yang perlu selagi duit ada lagi hahahha...



 

No comments:

Post a Comment