Seawal 7 am kami turun bersarapan.
Di KK, subuh jam 4.50 am. Jam 6 am dah terang benderang.
Ikut schedule, kami check out jam 8 am untuk menuju ke Kundasang. Sebelum tu isi petrol full tank sebab sepanjang jalan ke Kundasang tiada petrol pump. Masa dapat kereta hari sebelumnya tank ada separuh.
Pasar Pagi Sinsuran
Nenek Ina nak beli tepung ambuyat kiriman dari seorang rakan. Tak banyak gerai yang jual tepung ni.
Rumah Terbalik, Tamparuli
Entrance fee : Dewasa RM12, Kanak-kanak RM6
Masa kami sampai tak ramai orang jadi boleh bergambar dengan bebas.Adik yang jaga situ willing to help sebab mereka lebih mahir di mana shot yang cantik.
Pening aih hahah
Ada lagi banyak spot cuma tak upload di sini.
Gigih eh angkat Kancil.Side sebelah lagi.Jambatan Tamparuli
Entrance fee : Free
Tapi mereka ada sediakan tabung sumbangan.
Mereka adalah sukarelawan yang membuat welcome dance.Adehh.. gayat.Tak sampai tengah pun.Seberang sana ada pekan. Bawah tu jambatan yang menghubungkan pekan. Hanya ada satu laluan sahaja.Baru perasan warna sedondon.Nenek relax je berdiri atas jambatan. Deras juga sungai bawah tu.
No comments:
Post a Comment