Pages

Friday, September 18, 2020

4D 3N Kota Kinabalu & Kundasang, Sabah - Day 3 Part 1

Lepas subuh tak dapat tidur semula sebab nak tengok Kinabalu peak dari resort. Jam 6 am dah turun ke taman.

Yayyyyy.... dapat tengok peak dengan jelas sebab cuaca sangat baik.
Terima kasih Ya Allah.
Hari pertama agak kecewa dengan hujan, hari ke 3 cuaca best.

Pekan Kundasang

Jam 8 am kami check out dan menuju ke Pekan Kundasang untuk breakast. Mostly kedai muslim di situ. Ada juga KFC ya. Kami makan roti canai di kedai mamak.

Lepas breakfast kami masuk ke pasar tamu. Mostly jual sayur-sayuran dan makanan.

Nama tak ingat tapi dalam tu ada nasi+ubi. Beli sekali bilis tumis. Saja nak rasa masakan Sabah.

Lupa pula nak ke Kundasang Memorial War adehhhhh

Selepas tu baru masuk ke kawasan ambil gambar berlatar belakangkan gunung Kinabalu.

Entrance fee : Dewasa RM5 Kanak2 RM3

Kat sini je kawasan lapang yang senang nak ambil gambar. Since kami orang pertama masuk jadi bolehlah ambil gambar puas-puas tanpa kehadiran tourist lain.




Wafi tak berapa happy sebab hp dia full memory so tak dapat nak ambil pic.



Dah happy bila dah delete pictures lama.




Bulatan kobis bulat.. since di Sabah akan diadakan pilihanraya beberapa minggu lagi maka banyaklah bendera parti di sana.

Bulatan kobis daun pula.. yang ni nampak terjaga sikit sebab ada ruang pejalan kaki. Hati-hati yang mengambil gambar di roundabout. Mujur trafik pun tak banyak dan satu yang ibu perasan driver di KK dan Kundasang ni berhemah.. takde lah pula nak honk.

Jam 9.30 am kami meneruskan perjalanan ke KK.

Otw tu sempat singgah tepi jalan untuk ambil picture dekat sikit dengan gunung. Batang besi tu kacau la.. nak turun ke bawah sikit ada plak anjing dan keluarganya. 

Ok.. last picture dengan gunung.

2nd last hahahhha


Alaaaaa.... tak puas laaa😅

Balik purposely ikut jalan ke Tamparuli sebab nak lalu jambatan lagi🤭
 

No comments:

Post a Comment