Pages

Friday, September 4, 2020

Air oooo air

Masuk hari kedua tiada air dikawasan Lembah Klang. Macam dah selalu sangatlah masalah air ni.

Ini berikutan masalah pencemaran air di loji takungan air. Kali ni disebabkan ada kilang jentera yang tidak menyelenggarakan sisa pembersihan dengan betul.

Akibatnya, penduduk sekitarlah yang terjejas. Baca di grup whatsapp sekolah Wafi, hampir separuh tidak dapat hadir le sekolah. Rakan sekerja juga tidak dapat bekerja kerana anak tidak dapat dihantar ke pengasuh disebabkan ketiadaan air.

Since Wafi perlu ke transit hari ni, maka ibu bekalkan sebekas air. Cukuplah buat mandi dan bersuci. Bila ibu ambil baju di transit, ada baki lagi dan kakak Nurul nak pulangkan.. ehhh..  tak payahlah kakak Nurul. Top up je lah di transit.

Bila ibu tanya Wafi kenapa pakai tak sampai separuh, katanya ibu tak bawakan gayung jadi pakai botol air.. adoiiiii.. kan boleh pinjam dari kakak Nurul apa2 bekas air.

Selepas tu belilah air mineral 1.5l satu pack, 2 pack drinking water 1.5l dan 1 pack drinking water 500ml. Dengarnya banyak kedai yang tiada stok. Tokey kedai kata pagi tadi sebelum kedai buka, dah beratur orang tunggu.

Petang tadi hujan... walau dah tak lebat sempatlah ibu tadah air balik kerja Bolehlah buat basuh pinggan yang tak dapat dicuci malam tadi. Barulah bersih dapur tu. Kalau tak... rasa nak campak keluar je.

Bawak baju sekolah dan uniform kerja gi rumah Cik Baya. Cuci dan mandi di sana. Fuhhh... puas mandi. Siap pakej dinner mi goreng sedap lagi.

Lepas isyak gerak balik since Wafi ada homework yang perlu diselesaikan.

Dengar news bekalan air akan dapat disalurkan selewat-lewarnya 4 hari.. semoga esok akan selesai.

Terima kasih kepada pihak SYABAS yang bertungkus-lumus demi memastikan kesejahteraan rakyat.


No comments:

Post a Comment