Alhamdulillah... Wafi dapat menghabiskan bacaan Al-Quran pada Jumaat lepas. Walau agak lewat berbanding dengan kawan-kawan lain.
Sebelum ini Wafi mengaji bersama ustazah di transit sementara menunggu van untuk bersekolah di sebelah petang. Semenjak PKP ustazah tidak dapat ke transit untuk mengajar. Selain mengaji di sekolah, di rumah kena teruskan juga. Selepas solat maghrib. Itupun kadang2 ada hari yang tidak mengaji... hurmmm...
Seperti yang dijanjikan, ibu buatkan pulut kuning dan rendang ayam juga masukkan juga air kotak. Hantar ke jiran-jiran dan makcik2 Wafi.
Gembira bukan main... ucapan terima kasih beberapa kali dari anakanda ini. Kadang benda yang kita agak simple, sangat menggembirakan orang lain.
No comments:
Post a Comment