Hari ini menerima arahan untuk memulakan kerja dari rumah (WFH). Ini saranan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN). Pihak MITI pula mengeluarkan garis panduan agar maksimum 10% di kalangan petugas kewangan, perakaunan, pentadbiran, perancangan dan ICT untuk berada di ofis dari jam 10 am hingga 2 pm, 3 hari seminggu.
Bagi mencapai tujuan tersebut, beberapa orang di bahagian pengurusan termasuk ibu akan memulakan kerja di rumah. Seminggu sekali akan masuk ke ofis.
Sekadar hiasan |
Hurmmmm.... setiap perkara ada pros dan cons. Kena tengok dari pelbagai sudut. Secara peribadi lebih suka berkerja di ofis. Demi mengekang Covid 19 ni kita cuba minimakan jangkitan.
Di ofis kedudukan tempat staff juga berubah walau sebelum ini memang sudah ada penjarakkan. Sedaya mungkin mengurangkan contact. SOP juga diperketatkan sebab mungkin ada yang lupa.
Sama-sama #
No comments:
Post a Comment