Alhamdulillah tahun ini juadah berbuka puasa di sediakan oleh kakak Widad. Semua sedap-sedap dan kena dengan selera kami.
Ibu balik memang dah setel semua.. siap dengan dessert dan air. Sahur je ibu masak.
Terima kasih kakak Widad.
Ibu simpan sini sebagai tanda ingatan. Ada juga juadah yang tak sempat diambil gambar.
Gambar tidak ikut turutan.
Asam pedas ikan pari... rasa sedap tapi ikan pari tu pulak liat haishhh.. mebi dah tua tapi boleh makan cuma tak best lah. Kangkung tumis, limau dan popiah homemade chef Kawi. Menu ni adalah idea Wafi.. senang ada menu, Kawi tukang masakkan je.
Ayam masak merah, tumis kobis dan inoki goreng.. setoet je.. Bami makan pun tak cukup.
Ayam balado, bendi tumis dan special tepung pelita.. ibu pun tak pernah buat. Bahagian bawah warna hijau agak pahit sebab Kawi terlebih bubuh daun pandan.
Yang ni masa tapau ke rumah nenek.. sotong goreng tepung(Kawi) taugeh tumis dan cara manis ibu masak.
Kari ayam dan buncis tumis. Yang lain tu semua beli.. sesekali je bila anak2 rekues makan lain. Ada tongkeng ayam, takoyaki dan wedges. Ini order dan ada delivery. Tapi nasi dan lauk2 kena ada yang dimasak sendiri.
Daging masak merah dan bayam tumis. Kuih beli je. Masa ni ayah buka otw balik dari ofis dan Bami buka bersama kawan-kawan.
Teringin makan karipap sebab hari sebelumnya dapat makan karipap daging yang sangat sedap di rumah Uncle Zaki.
Lepas berbuka terus prepare inti.. dalam jam 9.30 pm.selepas terawih buat pula tepung. Fuhhhh... banyak dapat inti... jadi kena masukkan freezer. Ingat nak buat macam samosa guna tepung spring roll tu lah lepas ni.
Buat karipap perlu masa yang banyak hahha..
Ok. Itulah cerita sehingga malam 15 Ramadhan.
No comments:
Post a Comment