Wahhhhh... tajuk macam drama bersiri.
Sedang ibu layari file dalam komputer terpandang tajuk file ni.
Buka2 dalam format powerpoint.
Kiranya isi karangan dia lah🤭
Dah rupa bawang merah bawang putih.
Ibu tanya Wafi marah kakak tapi letak gambar kakak yang cantik.
Wafi jawab "dah itu je gambar kakak yang kita jumpa dalam komputer"
Begitulah Wafi... kalau ada yang tak kena akan mengadu.. paling dia suka mengadu kat abang dia lah. Abang pulak kadang tambah bara. Tapi yang paling pandai ambil hati Wafi memanglah abang dia.
Adoiii... macam2 kerenah anak2.
No comments:
Post a Comment